"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
“pelaburan cinta, tidak semudah skim cepat kaya”…
“saya mohd afdli, pelajar semester 3, ismp matematik ingin
mengucapkan tahniah kepada prof.dr irfan kerana dilantik sebagai………..” , video
dari media mahasiswa di”download”. Motif utama sebab si dia menjadi respondan.
Motif kau min!
Hari ni, kelas padat dari pagi sampai ke petang . seperti biasa min
akan menunggu ika untuk seiring sejalan ke kampus. Berpuitis kau min! ana,
aina, aimi sedia menanti di kampus . dah faham benar dengan perangai min dan
ika yang selalu lambat . min melangkah laju, ika tertinggal dibelakang. Sudah
tak seiring. Wajah aimi ana aina terbayang, mungkin sudah berjanggut, menunggu.
Tiba-tiba,
“assalamualaikum, min nak
pergi kelas ke?’,tegur farhan.
”a’ah lambat dah nie”, jawab min terkejut. Senyuman terlakar
diwajah.
Semua mata memandang, mana
taknya orang hot kolej yang menegur. Min tak peduli yang pasti
sahabat-sahabat baiknya sedang menanti.Farhan turut tersenyum, itu kali kedua
dia bertegur sapa dengan gadis itu.
“astaga, apa yang aku
fikir”, farhan terus melangkah .
kelibatan yasmin hilang dari pandangan.
……………………………………………………………………………………………………………….
“sory,lambat”, senyum bagai kambing tak mandi. Itu la yasmin
yusuff!
Masa berlalu begitu pantas. Kali ini mereka bergegas lagi keluar
dari kampus. Azan magrib berkumandang . syahdu .masing-masing berpisah . esok
rutin yang sama akan berulang. Itu namanya pelajar university, tidak terlepas
dengan jadual kuliah.
Inbox 1 : iman
“eh eh ada msj”, min dengan pantas menekan keypad fonnya.
As salam, sahabat sy merindui anda. Jumpa malam yea
Min membalas , “okeyh, sahabat tercinta . jumpa malam ni di kafe
pkul 8.45. disaat kegelapan, ada sinar mentari, kau la sinar itu sahabat”
terlintas difikiran .
sent message !
Iman membalas “didalam terang kaulah cahaya” min tersenyum,
ada saja idea teman baiknya itu . dia senang berteman dengan iman,
banyak benda baru dipelajari. Iman, idaman mata memandang , sedangkan dia gadis
y mengidamkan cinta-cinta indah . dua frasa yang berbeza tapi mereka ada satu
persamaan. Mencari sebuah jawapan kehidupan .
Kaki min melangkah menaiki bus, dia harus pulang segera. Magrib dah
berkumandang. Syukur ada bus yang sedia menanti. Kaki melangkah, mata terus
mencari tempat kosong diatas bus untuk merehatkan badan . “nasib baik ada
kosong”, hati min mengomel sendiri. Letih seharian di kampus .dia duduk sambil
temenung.
“ada tempat orang ke sini?”
“tak de duduk la”
.. persoalan farhan dijawab
dengan senyuman . jangan berlebih min!
“memang selalu balik kelas
sorang-sorang ke min?
“ “hah ?, owh a’ah .. baru habis kelas gak ke?”
“ye… malam nie ada ceramah
kat surau, tak pergi ke?”
“insya’allah klau rjin” min
jawab acuh tak acuh .
dia mula berprasangka . teguran itu mesti ada makna ! .. bus
bergerak menuju ke kolej, seperti fikirannya melayang entah ke mana. Farhan
diam disisi . fikiran dia juga entah ke mana.
……………………………………………………………………………………………………………….
“aku mencintaimu kerana agamamu.. jika hilang agamamu, hilangla
cintaku kepadamu”
iman al-nawawi
ganggggg !!!!!
‘aduh, ish tak Nampak ker?”
min bangun sambil
mengusap-usap lengannya yang sakit akibat terlanggar seorang hamba allah yang
berkopiah. Buku-buku yang dipinjamnya berselerak . lidah kelu . hati berdebar .
bukan seorang yang berkopiah. Ramai. Ah, malunya . min tersenyum kambing . mata-mata
itu bertentang .
“maaf, saya tak sengaja”,
sopan bicara lelaki itu.
Si dia yang menjadi idaman
kalbu .
“eh,min sakit ker?” Suara
itu amat dikenali, farhan.
Min tersedar ,”eh tak tak”.
Buku ditangan afdli diambil. Kaki terus melangkah . “ish macam mana
aku boleh terlanggar, malunya”, bicara sendiri , kaki laju meninggalkan kaunter
pinjaman itu .
“yasmin, yasmin’,
farhan terus memanggil
sambil kakinya melangkah mengikuti gadis itu. Yasmin berhenti .
“ini buku min, tertinggal,
eh sakit tak ? maaf la kawan saya tak perasan tadi, tak de yang berdarah ni,
kira ok la kan’…
kali ini tiada senyum
diwajah yasmin. Rasa malu menyelubunginya, kata-kata farhan masuk dicorong
telinga, tapi tak pernah melekat dihati . buku itu diambil. Kaki terus
melangkah . malu!
Afdli menyapa farhan , “kwn ko ker?” . farhan memandang sepi .
fikirannya melayang , dia pn x pasti setiap kali bertemu, hatinya berdebar. “budak
kolej sebelah”. Entah menjawab persoalan atau pun tidak.
Aku melepaskan rindu pada sang bulan
dengan mengira sang bintang
"Wallahua'lam"