"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
bersambung..
"Wallahua'lam"
“lambakan hakikat, berpijak dibumi nyata”… terus mencari sebuah
jawapan..
“mudah untuk lafaz cinta, tapi adakah cinta itu berbalas”…
“keikhlasan itu dirasai, tak
perlu huraian, tapi hati tenang merasainya”…
Yasmin tersenyum sendiri, kalau nak dikira jumlah orang yang
diminati, tak cukup tangan dibuatnya. Dia tersenyum lagi. Pelik. Pilihan
hatinya insan-insan yang ‘berkopiah’ . cukup Cuma perlu sedar diri sendiri .
tersenyum lagi . tidak hairanlah kalau idaman hati sering silih berganti .
mungkin hanya sekadar minat. Tidak satu yang benar-benar menyentuh dihati.
Pemilik cintaku setelah ALLAH dan rasul . buku itu ditatap buat
kedua kalinya . 6 naskah buku tersebut tersusun indah diatas meja. Kak ngah,
adik, kak lang, hafiz, maria , antara nama-nama yang bermain diminda. Pasti ada
ganjaran ku terima ! getus hatinya. Memang sikapnya yang suka berkongsi rasa
membuat teman-teman serumah sudah sedia untuk mendengar, setiap hari ada saja
ceritanya.
Penulisan yang mudah untuk difahami, penulisan yang membuat hati
yang membaca menanam angan-angan indah ! ah, jiwa mudah terpesona. Namun
kesannya entah ke mana. Diari menjadi teman, setiap bait yang menyentuh hati ,
dicatat , untuk kenangan masa tua mungkin.
Telefon bimbitnya dicapai,
“as salam, iman.. *tetiba terfikir.. pemilik cintaku setelah ALLAH
dan rasul… tapi kalau cinta ALLAH dan rasul tak rasa.. macam mana nak bertemu
pemilik cinta selepas tu ? “..
sent! .. 5 minit kemudian,
“wslm, min mungkin jgk cinta itulah yang akan membawa kita mengenal
cinta ALLAH dan rasul” … yasmin tersenyum, angan-angan mat jenin datang kembali.
Suara-suara itu berdialog sendiri . indah mungkin kerna itu namanya
angan-angan. Setiap hari itu rutin hidup . mungkin layak dipanggil minah jenin!
“cinta itu menyenangkan hati,bukan merumitkan jiwa”…..
Pagi itu seperti biasa, rutin harian sebagai seorang muslim harus
ditunai . jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.
“ya ALLAH, aku lupa solat isyak semalam”..getus min. terus berwuduk
, mengerjakan ibadah solat. Azan subuh berkumandang, seusai dia menunaikan
solat isyak . min terus menunaikan solat subuh, selepas solat , sehelai halaman
al-quran dihayati . usaha yang Cuma setitik air untuk mengejar cinta illahi .
layakkah ? . fikiran min melayang .
mudah sekali terleka . surah al-muthrat menjadi peneman setiap kali selepas
subuh. Sekurang-kurang hidupku punya matlamat hari ini, getus hati min setiap
kali selesai membaca surah tersebut.
“basuh baju, susun buku, masak nasi, lipat baju… tapi sebelum tu
tidur dulu”,
min berkira-kira sendiri . katil itu bagai tidak melepaskannya
pergi . tersungkur tidur . angan-angan bertemu mimpi indah ! pengiraan td meleset entah kemana . tersungkur
sampai matahari menegak .
“apasal la aku, tidur.. tgk sekarang dh pukul 12 .. satu benda pun
tak buat” ,bebel sendirian. “setiap hari macam nie, jgan kau buat-buat
ter”tidur” … sia2 ada matlamat kan? Hehe … iffa senyum sinis. Sebagai teman
sebilik, iffa faham benar perangai yasmin yussuf . apa yang dicakap melebihi
tindakan yang dibuat . mungkin mengumpul pahala melalui niat, untung la jika
itu yang dihitung dihari pembalasan kelak . yasmin , yasmin.
Jam menunjukkan pukul 12 . apa yang penting saat tu adalah makanan
. mandi dan terus‘bersiap ke kafe . “ada spe2 nk ke kafe? “ laung min dari
dalam bilik . “min, tlg beli”, iffa respon pertama. Teman serumah yang lain
bersiap . berborak sambil berjalan ke kafe itu memang rutin mereka saban hari
jika tidak ada jadual di kampus.
“subahanallah..”, getus hati min . terpandang seorang mahasiswa y
sopan santun .kalau perempuan mungkin hatinya tidak terusik , memandangkan
lelaki, hati kecilnya tersentuh . diam . cepat-cepat memandang kearah lain.
Terimbau kenangan dibilik 24
jam perpustakaan .
“eh, buku nie best
ker?” min bertanya kepada ana.
“best kot, lagi best
klau min belanja”.
Mereka ketawa, tiba-tiba rasa ada mata yang memandang. Normal la..
orang memandang, semua orang ada mata la min ! muka tu macam kenal. Ah, biar
la.mereka terus beredar meninggalkan pameran buku di bilik 24 jam itu.
“rm 5?’, mahal betulkan, nora merungut, maria , aina, siti dan min
tersenyum . bukan sekadar senyum malah mereka menambah-nambah
“kalau bayar kat pakcik tu memang mahal”
”kat anak dia murah skit”
”kita sepatutnya tak beli kat sini”…
macam-macam lagi ayat
penambah perisa! Diselang seli dengan gelak tawa. Itu mereka. Sampai dirumah
nasi sudah terhidang . saling memahami mungkin . “rice cooker” menjimatkan.
Hanya lauk yang perlu dibeli . kalau ada dapur pun, belum tentu berasap.
bersambung..
No comments:
Post a Comment