Tuesday, July 3, 2012

ini yang terakhir (2)

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 

“pelaburan cinta, tidak semudah skim cepat kaya”…
“saya mohd afdli, pelajar semester 3, ismp matematik ingin mengucapkan tahniah kepada prof.dr irfan kerana dilantik sebagai………..” , video dari media mahasiswa di”download”. Motif utama sebab si dia menjadi respondan. Motif kau min!
Hari ni, kelas padat dari pagi sampai ke petang . seperti biasa min akan menunggu ika untuk seiring sejalan ke kampus. Berpuitis kau min! ana, aina, aimi sedia menanti di kampus . dah faham benar dengan perangai min dan ika yang selalu lambat . min melangkah laju, ika tertinggal dibelakang. Sudah tak seiring. Wajah aimi ana aina terbayang, mungkin sudah berjanggut, menunggu.
Tiba-tiba,
 “assalamualaikum, min nak pergi kelas ke?’,tegur farhan.
”a’ah lambat dah nie”, jawab min terkejut. Senyuman terlakar diwajah.
 Semua mata memandang, mana taknya orang hot kolej yang menegur. Min tak peduli yang pasti sahabat-sahabat baiknya sedang menanti.Farhan turut tersenyum, itu kali kedua dia bertegur sapa dengan gadis itu.
 “astaga, apa yang aku fikir”, farhan terus melangkah .
kelibatan yasmin hilang dari pandangan.
……………………………………………………………………………………………………………….
“sory,lambat”, senyum bagai kambing tak mandi. Itu la yasmin yusuff!
Masa berlalu begitu pantas. Kali ini mereka bergegas lagi keluar dari kampus. Azan magrib berkumandang . syahdu .masing-masing berpisah . esok rutin yang sama akan berulang. Itu namanya pelajar university, tidak terlepas dengan jadual kuliah.
Inbox 1 : iman
“eh eh ada msj”, min dengan pantas menekan keypad fonnya.
As salam, sahabat sy merindui anda. Jumpa malam yea
Min membalas , “okeyh, sahabat tercinta . jumpa malam ni di kafe pkul 8.45. disaat kegelapan, ada sinar mentari, kau la sinar itu sahabat” terlintas difikiran .
sent message !
Iman membalas “didalam terang kaulah cahaya” min tersenyum,
ada saja idea teman baiknya itu . dia senang berteman dengan iman, banyak benda baru dipelajari. Iman, idaman mata memandang , sedangkan dia gadis y mengidamkan cinta-cinta indah . dua frasa yang berbeza tapi mereka ada satu persamaan. Mencari sebuah jawapan kehidupan .
Kaki min melangkah menaiki bus, dia harus pulang segera. Magrib dah berkumandang. Syukur ada bus yang sedia menanti. Kaki melangkah, mata terus mencari tempat kosong diatas bus untuk merehatkan badan . “nasib baik ada kosong”, hati min mengomel sendiri. Letih seharian di kampus .dia duduk sambil temenung.
 “ada tempat orang ke sini?”
 “tak de duduk la”
 .. persoalan farhan dijawab dengan senyuman . jangan berlebih min!
 “memang selalu balik kelas sorang-sorang ke min?
“ “hah ?, owh a’ah .. baru habis kelas gak ke?”
 “ye… malam nie ada ceramah kat surau, tak pergi ke?”
 “insya’allah klau rjin” min jawab acuh tak acuh .
dia mula berprasangka . teguran itu mesti ada makna ! .. bus bergerak menuju ke kolej, seperti fikirannya melayang entah ke mana. Farhan diam disisi . fikiran dia juga entah ke mana.


……………………………………………………………………………………………………………….

“aku mencintaimu kerana agamamu.. jika hilang agamamu, hilangla cintaku kepadamu”
iman al-nawawi
ganggggg !!!!!
 ‘aduh, ish tak Nampak ker?”
 min bangun sambil mengusap-usap lengannya yang sakit akibat terlanggar seorang hamba allah yang berkopiah. Buku-buku yang dipinjamnya berselerak . lidah kelu . hati berdebar . bukan seorang yang berkopiah. Ramai. Ah, malunya . min tersenyum kambing . mata-mata itu bertentang .
 “maaf, saya tak sengaja”, sopan bicara lelaki itu.
 Si dia yang menjadi idaman kalbu .
 “eh,min sakit ker?” Suara itu amat dikenali, farhan.
 Min tersedar ,”eh tak tak”.
Buku ditangan afdli diambil. Kaki terus melangkah . “ish macam mana aku boleh terlanggar, malunya”, bicara sendiri , kaki laju meninggalkan kaunter pinjaman itu .
“yasmin, yasmin’,
 farhan terus memanggil sambil kakinya melangkah mengikuti gadis itu. Yasmin berhenti .
 “ini buku min, tertinggal, eh sakit tak ? maaf la kawan saya tak perasan tadi, tak de yang berdarah ni, kira ok la kan’…
 kali ini tiada senyum diwajah yasmin. Rasa malu menyelubunginya, kata-kata farhan masuk dicorong telinga, tapi tak pernah melekat dihati . buku itu diambil. Kaki terus melangkah . malu!
Afdli menyapa farhan , “kwn ko ker?” . farhan memandang sepi . fikirannya melayang , dia pn x pasti setiap kali bertemu, hatinya berdebar. “budak kolej sebelah”. Entah menjawab persoalan atau pun tidak.

Aku melepaskan rindu pada sang bulan
dengan mengira sang bintang


ini yang terakhir (1)

bersambung..

"Wallahua'lam"

No comments: