ya ALLAH , panjangkan umur ..murahkan rezeki dan peliharalah .. kedua ibu bapaku, adik beradik ku, kaum kerabatku, guru-guruku,jiran tetanggaku,kwn2..muslimin dan muslimat serta diriku...


hinanya aku dihadapan ALLAH s.w.t ..

Aku selalu menegur, tapi begitu pantang ditegur.

Aku selalu menasihati, tapi begitu payah untuk dinasihati.

Aku banyak berdosa, tapi jarang benar mengingatkan dosa.

Aku banyak melakukan maksiat, tapi masih diriku suka pada kemaksiatan.

Aku bencikan penipu, tapi aku juga adalah seorang penipu.

Aku bencikan musuh Islam, tapi aku jugalah yang merosakkan Islam.

Aku acapkali menangis, tapi tangisanku itu hanyalah kepura-puraan.

Aku acapkali melaungkan kebaikan, tapi aku sendiri tidak mengikutinya.

Aku mungkin nampak mulia di hadapan mata manusia, tapi akulah yang terpaling hina di hadapan Allah :'(

hati dan perasaan

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

assalamualaikum.. sihat ? alhamdulilah ..

hati dan perasaan ?
kalau cakap pasal hati dan perasaan . dyh tersenyum . sebenarnya sejak akhir-akhir ni malu nk berbicara pasal hati dan perasaan . rasa x layak diri nk berbicara pasal tu . bila ada yang bercakap pasal hati dan perasaan dayah tersenyum.

buat masa ni.
malu ada.
x layak ada.
kdg2 senyum sorang2.
teringat kish "muda2".

:)

hati ,
duhai perasaan ,
tak layak ku untuk bercinta ,
ini kan lagi dengan seseorang yang jauh lebih arif berbicara soal agama,

ku pandang kanan,
ku pandang kiri,

ya ALLAH ,
rmai wanita solehah,
dambaan lelaki soleh.


makin ku rasa x lyk ,

tersenyum lagi,
norhidayah.
itu cuma cinta manusia yang kerdil.
kau rasa x layak ??

lagikan cinta yana MAHA ESA..

kali ini aku terfikir.

diam.

sejujurnya,
aku masih cinta,
rindu
kasih
sayang

pada yang ESA.

sungguh
aku masih mencari

sampai detik ini

 "Wallahua'lam"

rindu

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

berkali-kali entrie y sama
rindu.
family.

 "Wallahua'lam"

Sanah helwa ya nur atiqah nadzirah

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum :) .. sihat ? alhamdulilah ..
buka fb pg2 nie..
tba2 ternampak .. reminder kat sblh kanan..
masya'ALLAH .. skali lagi dyh lupa .. tarikh bahagia seorang sahabat..
ini bukan kali pertama..
maaf era ^^v .. 

buat mu sahabat,
ingat detik,
ketika bersama dikmp,

rindu rasa hati,
bila ingat kembali,
cerita-cerita yang dikongsi,

fitrah kita,
untuk berjanji,
akan tetap berhubung wlau dmana,

namun,
khilaf manusia biasa,
diam seribu bahasa,

bukan niat,
untuk melupai,
kesibukkn diri membataskan,

atau alasan yang membebani diri,
disudut hati tetap kuingati,
maaf andai kata,

susah senang mu tiada sahabat disisi,
yakin,
cukup bagi mu perlindungan dari ILLAHI.

..............................................................
  buat era,
selamat hari ulangtahun,
semoga bertambah usiamu,
bertambah bekalan dunia akhirat,
insya'allah
bertambah berat pn boleh :)

 p/s : to all my bff . era,yana,umi,syada,etiey,huda,yuyu nk gambar latest ^^ .
        sory x de hadiah era..
        ^^v..



      ermm..
      reunion hehe ?  *jgn mrh



 "Wallahua'lam"

selamat ulang tahun nor farahain binti jamail

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum.. sihat :') alhamdulilah masih dberi kesempatan untuk berkongsi rasa . hari ini 20 mei birthday ain .. ktorng berempat wish paling awal .. hehe .. btl x ain ?
^^

sahabat,
selamat hari ulang tahun,
air mata itu menjadi saksi,
persahabatan ini,
persahabatan yang hidup,
ada rasa gembira,
ada rasa gundah dulana,
kerana apa?
kerana kita punya rasa yang berbeda,
kau aku  ataupun dia,
yang cuma mengikat kita,
adalah persahabatan,

sahabat,
kejarlah dunia,
sehingga kau tersenyum,
cuma dihari bahagiamu ini,

sebagai seorang y kerdil,
aku mengajak,
kau aku dan kita semua,
mengambil masa,
menyentuh rasa,
untuk mengenali cinta yang hakiki,
untuk mengenali kehidupan yang kekal abadi,
untuk mengenali Rasullullah s.a.w yang selalu merindui kita,

jadikan lah aku dia dan mereka,
sahabat yang membawamu kesyurga ALLAH..

  
selamat ulangtahun ke 21 :')

 # mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah hati , tapi cukup cuma kita berusaha untuk menghidupkan persahabatan ini. kerana apa, ini takdir kita bertemu di UPSI :')

a day to remember
1)dh tau rahsia yna
2)ain menangis

:p


 "Wallahua'lam"

refleksi kem akhir ^^

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Alhamdulillah berakhir sudah kem akhir pembimbing rakan sebaya semester 2 sesi 2011/2012. Kem yang memberi seribu satu kenangan. Kem ini telah melibatkan 121 orang peserta. Peserta-peserta terdiri daripada para pelajar yang mengambil khusus Pembimbing Rakan Sebaya, CPR 2011. Kem ini turut dibantu oleh 12 orang fasilitator dan 3 orang instruktor. Bertempat di Kem Desa Selesa, Sungai Samak, Tanjung Malim, Perak. Kem ini telah berlangsung selama dua hari satu malam. Ribuan terima kasih buat Dr. Syed Sofian Bin Syed Salim selaku pensyarah khusus CPR 2011 dan penasihat kem ini, barisan instruktor dan fasilitator seterusnya sahabat-sahabat yang menyertai kem akhir pembimbing rakan sebaya kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman berharga ini.
            Setiap masa, sepanjang program terisi dengan seribu satu pengalaman dan pengisian  yang bermanfaat. Yang masih terpahat di hati, dan dicoret kan sebagai refleksi. Sebagai pembimbing rakan sebaya, para peserta selalu diingatkan mengenai persahabatan. Perkongsian kisah daripada instruktor dan fasilitator menyentuh hati. Bagi saya sendiri, terasa diri ini perlu lebih menghargai erti sebuah persahabatan selepas pulang dari kem ini. Erti sebuah persahabatan lebih bermakna jika kita mampu menjadi sahabat yang baik. Rugi jika sepanjang penggajian kita tidak mempunyai sahabat, lebih rugi lagi jika tidak menjadi seorang  sahabat kepada orang lain. Persoalan yang timbul di dalam hati, adakah saya seorang sahabat yang bermakna dalam hidup seseorang? Mungkin persoalan ini tidak pernah timbul sebelum menghadiri kem ini. Alhamdulillah, hati makin terisi apabila faham erti persahabatan . Kisah Rasulullah s.a.w dengan buah oren, menyentuh hati, akhlak baginda sungguh mulia, ini panduan yang perlu dicontohi untuk menjadi seorang sahabat yang baik. Antara pengisian yang perlu ada dalam sebuah persahabatan yang saya dapat dari kem ini ialah, pertama perlu letakkan tujuan kita bersahabat, bukan itu sahaja malah persahabatan harus dijalin dengan keikhlasan hati yang tulus, dari sebuah keikhlasan maka akan timbul sebuah pengorbanan yang mengetepikan kepentingan diri. Walaupun tidak ada nilai di mata manusia, tetapi bagi seorang sahabat yang mengingati dan menghargai, apa yang berlaku di dalam sebuah persahabatan akan tetap terpahat di hati.
            Sebelum ke kem akhir PRS ini, saya sudah banyak kali ke perkhemahan-perkhemahan lain yang menekankan apa peranan guru. Mungkin objektif utama kem ini tidak memfokuskan kepada peranan seorang guru, namun pengisian yang terselit ada yang menarik untuk diingati. Masih berlegar di ingatan, kata-kata seorang instruktor, berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengambil jurusan pendidikan adalah untuk orang yang terpilih, dan berada di jalan yang dipilih dan diredhaiNYA. Bukan semua orang terpilih untuk menjadi seorang pendidik. Selangkah kita melangkah di dunia ini, yang Maha Esa telah menjanjikan ganjaran pahala jika kita ikhlas kerana ALLAH s.w.t. Tersentuh di hati, tatkala berbicara mengenai minat. Kata-kata seorang instruktor lagi, minat harus dipupuk supaya kita ikhlas menjadi pendidik kelak. Syukur diberi kesedaran di dalam kem ini. Perkongsian pengalaman dari instaruktor, terpahat di hati. Seorang guru akan diingati oleh pelajarnya, jika dia mampu meninggalkan sesuatu di hati mereka. Persoalan yang timbul, “apa yang akan saya tinggal buat generasi akan datang?”, jika sepanjang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini saya tidak menyiapkan diri dengan bekalan yang secukupnya. Motivasi adalah apabila kita tersedar dan mengambil tindakan atas kesedaran itu.
            Kerjasama berkumpulan akan diketengahkan di mana-mana kem sekali pun, namun ada pengisian baru di dalam kem ini. Saya rasa, diri lebih aktif berbanding program-program yang dilalui sebelum ini. Modul-modul dan aktiviti-aktiviti dijalankan lebih melibatkan penglibatan setiap ahli kumpulan. Selain ditekankan kemahiran berfikir, tahap keyakinan diri turut dapat ditingkatkan melalui aktiviti lakonan dan nyanyian. Percambahan idea semasa aktiviti sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, ahli kumpulan saya mampu mengawal dan bertolak ansur dari segi pemilihan idea untuk menyelesaikan permasalahan. Aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu berat menyebabkan perjalanan kem tidak terlalu letih namun yang penting ada pengisian yang terpahat di hati. Setiap aktiviti melibatkan kerja berkumpulan, mampu memberi ketahanan fizikal dan mental dan mampu dipraktikkan semangat bekerjasama dan saling memahami dalam menyelesaikan tugasan-tugasan di universiti kelak. Antara pengisian kerjasama berkumpulan yang saya dapat di dalam kem ini ialah bertolak ansur, sifat ‘humor’, penglibatan dan sikap tidak pentingkan diri. Kemenangan bukan keutamaan bagi sesebuah kumpulan, namun apa usaha yang dilakukan, itulah sepatutnya diutamakan.
            Akhir kata, manusia tidak sempurna dari tidak melakukan kesalahan, begitu juga bagi pengendalian kem akhir pembimbing rakan sebaya semester 2 sesi 2011/2012, ada penambahbaikan yang perlu bagi kebaikan bersama. Objektif kem ini masih belum tercapai apabila ada sikap pentingkan diri. Para peserta dapat dilihat ketika menjamu selera, di akhir kem ini ada peserta yang tidak dapat makanan . Sikap pentingkan diri menyebabkan makanan yang sepatutnya cukup, menjadi tidak cukup. Antara pengalaman baru bagi saya untuk kem ini, ialah saya menjadi pengacara majlis bagi majlis penutup. Selain itu, merentasi arus sungai juga merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Semoga apa yang dititipkan di dalam kem ini akan terus saya manfaatkan untuk diri ini dan orang lain. Sesungguhnya, ilmu tanpa amal sia-sia, amalan tanpa ilmu tindakan yang kurang bijak.



 "Wallahua'lam"

untuk peringatan diri ini

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum..
sihat ? alhmadulilah .. dah solat subuh .. ?
mula hari baru dgn update niat kte yea .

masa-masa y berlalu
ku rasa terbuang
tanpa di isi ..

aku keliru
setiap kali bangun dari tidur
ada saja keluhan dihati
mana taknye
banyak benda x siap

aku merenung
kembali
sejak
akhir-akhir nie
jarang sekali aku ke "taman syurga"
mendengar kata-kata
penguat hati ..

ya ALLAH,
sesungguhnya masa ini milikMU,
jangan biar kn hatiku lalai
berkira-kira
untuk meluangkan masa
pada agamaMU
sedangkan semua ini milikMU ..

p/s : jika berkira masa dengan ALLAH, ALLAH akan berkira dengan kita . ya ALLAH ampuni kami semua, kerana lalai dengan  cinta dunia .

motivasi pagi . 


 "Wallahua'lam"

khas untuk farain mohamad

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum..
alhamdulilah.. satu per satu kem dh berlalu . insya'allah mkin bertambah helaian pengalaman..

buat sahabat..

jatuh cinta
itu satu nikmat
jatuh cinta
itu satu fitrah

hatiku berbunga
apabila dirimu jatuh cinta

jatuh cinta
kepada y soleh
agar terdetik dihati ini
untuk mengikut jejak langkah
mencintai y hakiki..

jatuh cinta
kepada y soleh
bukan untuk
menghalalkan cinta sebelum kahwin

namun
bila mana kita mencintai
kebaikan
insya'allah
ALLAH akan hadirkan
cahaya dhati ini..

terus mencintai
jika cinta ini
membawa ke jannah ALLAH
insya'allah ..




p/s : x terkejut klau ada yang kahwin dulu ^^v .




 "Wallahua'lam"