Monday, February 11, 2013

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

sem 6
tahu kamu ?
ok . masa sgt berharga .
sila tumpukan untuk y lebih ikhlas .
tahu kn ?
 ok . bai

"Wallahua'lam"

Sunday, February 10, 2013

sanah helwah NAAS :')

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


tiada kata,
tiada nasihat,
tiada tinta,
tiada segala-galanya,
yang terindah,
melainkan,
ayat-ayat suci dari kalam ALLAH,
maka berpegang padanya .

sanah helwah NAAS :)

*y special tu unik-so x perlu rotate ;p  *
 

p/s : doa buat sahabat tercinta semoga tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi . semoga ALLAH redha hidupmu sahabat. NAAS :') welcome 22 . 30 rabiul'awal 1434 . 11 februari 2013

 "Wallahua'lam"

Thursday, February 7, 2013

nikmat paling lazat di dunia

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


UIA - 'kalau org tya kita benda paling lazat dalam kehidupan didunia , ingatlah 'mati syahid' nikmat paling lazat , dulu kini selamanya' .


pernah dgr dulu ustaz2 ceramah . kita mst simpan niat mati syahid . ALLAH . masa tu jauh rasa s y a h i d pun jarang dengar ni kan nak jadikan satu cita-cita tertinggi . tu masa tu . sebab ?? cheq dok pikiaq org p berperang ja y patut mati syahid nie . istighfar . ALLAHUAKHBAR . so, kita yang x de perang kat malaysia ni x lyk la pikiaq sal mati syahid . istighfar . dimana , tak kira masa kita ada peluang tegakkan agama ALLAH , syahid cita-cita tertinggiku, impian . semoga ALLAH redha . so, sahabat y baca entrie nie hadirkan dihati , niat cita-cita tertinggi kita adalah syahid dalam menegakkan agama ALLAH . bagaimana ?  semoga ALLAH memberi ruang dan peluang kita menuntut ilmu dalam mendalami agama ALLAH , supaya kita tahu, sebenarnya mksd 'syahid' bukan hanya y seperti kita fikir, dan sebenarnya sekerdil2 kita , ada sesuatu y kita boleh buat untuk tegak agama ALLAH , berdoalah sahabat terus menerus sehingga kita dberi peluang dan merebut peluang tu . ALLAHUAKHBAR .

pernah dengar lagu nie ? biar bermain dibibir, agak tergerak suatu masa nnt hati untuk merasai apa yang dnamakan perjuangan .



 kandungan entrie dibawah di-copy paste




Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berdoa kepada Allah dengan benar untuk mendapatkan mati syahid, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhada walau pun dia mati di atas tempat tidur”. (H.R. Muslim)

Kata syahadah dalam Bahasa Arab memiliki banyak makna, diantara maknanya adalah mati syahid di jalan Allah, dan inilah yang dimaksud dari hadits di atas.
Dalam hadits ini dijelaskan bahwa apabila kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan kemuliaan berupa mati syahid, maka kita akan diberikan pahala seperti orang yang mati syahid walaupun pada akhirnya kita tidak mati di medan tempur melainkan mati di atas tempat tidur.
Seperti halnya Khalid bin Walid RA sahabat yang terkenal gagah berani dan dalam hampir setiap pertempuran yang dia alami dan dia pimpin baik sebelum dia masuk Islam atau pun setelah masuk Islam kemenangan selalu diraihnya. Namun di akhir hayatnya Khalid menderita sakit lalu meninggal di atas tempat tidurnya.
Dalam hadits ini juga terdapat anjuran untuk selalu berazam atau berniat melakukan kebaikan diantaranya adalah memohon kepada Allah agar kita bisa mati di jalan Allah SWT, mati dalam peperangan membela agama-Nya. Berarti jalan menuju mati syahid di jalan Allah SWT adalah berjihad di jalan-Nya agar kalimat-Nya menjadi yang paling tinggi dan agama hanya untuk Allah SWT semata, serta mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam yang terang benderang, menyebarkan agama Islam, menegakkan keadilan, menolak kazaliman dan kerusakan, menjaga kaum muslimin serta menghancurkan musuh dan menolak segala tipu daya mereka.

Pernahkah terlintas dalam benak kita untuk bisa berperang, berjihad dalam arti mengangkat senjata dalam rangka mempertahankan akidah, memelihara agama yang mulia ini serta meninggikan kalimat Allah SWT, meninggikan kalimat tauhid, tidak ada ilah selain Allah SWT.???
Abu Hurairah RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
“Barang siapa yang mati dan belum berperang dan tidak terlintas dalam dirinya untuk berperang, maka dia mati dalam prilaku orang munafik”.(H.R. Muslim)

Adakah dalam diri kita niat atau keinginan untuk mendapatkan mati syahid di jalan-Nya?, atau jiwa kita ini takut akan kematian dan lebih suka kepada dunia dengan segala kegemerlapannya???
Sehingga tidak terbersit sedikitpun untuk memiliki cita-cita berjihad dan kemudian akan mendapatkan mati syahid (syahadah).

Orang-Orang kafir, terutama kaum Yahudi dalam memerangi kaum Muslimin dengan potensi dan persenjataan sangat canggih dan paling mutakhir serta jumlah personilnya yang sangat banyak namun mereka tidak akan mampu menghadapi ketegaran dan semangat membaja kaum Muslimin yang mempertahankan akidahnya. Kaum Muslimin, ketika berjihad mereka mencari mati, mencari syahadah (mati syahid), sehingga mereka pun menjadi tidak takut mati. Membekali Para Mujahidin.
Sebenarnya bagi orang yang belum mampu atau belum memiliki kesempatan untuk berangkat ke medan jihad, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang berjihad, yaitu dengan membekali atau membantu orang yang sedang berperang di jalan Allah SWT atau biasa disebut Mujahidin adalah termasuk ikut berjihad.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membekali seorang yang berperang di jalan Allah maka sungguh ia telah ikut berperang…”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

# hadirkan hati untuk berfikir, berdoa dan terus berdoa . semoga ALLAH redha .



 "Wallahua'lam"

Tuesday, February 5, 2013

cinta selalu dhati

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

bila cinta selalu dhati ..

mengaku mencintai RASULULLAH salallahi alayhi wasallam, tp kita makin lupa sirah kehidupan Baginda. ya ALLAH, takut terlalu jauh kita pergi sampaikan sirah pun kita lupa .. ni kan nk pertikaikan soal perjuangan .. supaya ALLAH dan RASUL selalu dekat maka kita seharusnya bagi ruang hati kita untuk terlalu mendekati.. mungkin sebab terlalu kejar keduniaan kita jauh untuk mencintai RASULULLAH salallahi alayhi wasallam.. mungkin sbb tu hati tak terbuka mencintai ulamak , mungkin sebab hati tak terbuka utk dberi kefahaman agama.. ALLAH.. sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.. jgn menanti.. kita yang harus mencari..

in shaa ALLAH, mulai detik ni .. bagi masa untuk diri dekati sepenuh hati KEKASIH ALLAH .. semoga bila mana kita mengenali, mencintai , kita akan dpt meneruskan perjuangan menegakkan syiar islam..

'ya ALLAH, semoga ENGKAU berikan kefahaman agama kepada kami"..




Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.



At- Taubah, ayat 111.

ya ALLAH, terlalu jauh kah kita dengan ayat nie ? ..

mula gerakkan hati untuk mencari ilmu .. kerana ALLAH..


p/s : syukur ada sahabat y kongsi video2 nie , nmpak remeh tp selagi mana mengerakkan hati mengingati Rasulullah salallahi alayhi wasallam, selagi tu dyh rasa bukan benda remeh . bila cinta selalu dhati . semoga ALLAH redha .


 "Wallahua'lam"

Monday, February 4, 2013

tersentuh hatiku # part 1 #

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"





buku y pernah dimiliki tp kini milik seorang sahabat . sbb dyh nak ALLAH s.w.t sentuh hati sahabat dyh mcm ne hati dyh tersentuh :')

"ya ALLAH , hanya engkau memahami setiap apa yang terdetik dihati ini"

masih teringat-ingat apa y dyh bc dlm buku biografi agung RASULULLAH salallahi alayhi wassalam


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, 
tahun 10 Hijriah 
di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

sumber : iluvislam.com
Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/


ALLAHUAKHBAR ..

'sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya . itulah ALQURAN dan SUNNAHKU '..

muhasabah diri .

setakat mana diri memahami alquran dan assunah . sejauh mana diri berpegang padanya  ?
hati menangis la . jiwa merintah la . mengaku mencintai tp x mengenali . mengaku merindui hanya sekadar dimulut .

mula kan dengan langkah pertama . perlu kita sebagai umat nabi MUHAMAD salallahi alayhi wassalam mengenali rasulullah sallahi alayhi wasalam . mencintai baginda , adalah mencintai ALLAH . baginda adalah kekasih ALLAH .

berhenti bercakap soal perjuangan . kalau kita tak tahu perjuangan apa y perlu dteruskan . sesungguhnya perjuangan Rasulullah sallahi alayhi wasalam dalam menegakkan islam itu yang sebenarnya . kaji , soal diri . bila mana kita menyokong, mempertahankan .. siapa y kita letakkan y utama , matlamat kita apa .. ? jika redha ALLAH yang kita utama . alhmadulilah doakan kita diberi kefahaman agama. andai kata suara2 kita tidak sedikit pun kerana ALLAH . jauhkan lah kita dari sifat ego untuk mengakui kebenaran . teruskan berdoa agar jiwa anak muda tidak dpengaruhi . doakan agar ALLAH berikan kita hidayah agar diri kita tidak sia-sia berada di alam sementara ini .





And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 
  
ayat ni ada mencerita kita sebagai khalifah.. khalifah .. sedar kita .. tujuan kita diciptakan T.T .. sedih . bukan org lain , diri yang kerdil nie pun masih alpa .  semoga entrie hadirkan satu persoalan pada diri . apa tujuan kita diciptakan ? adakah kita sedar ? dimana ALLAH dan RASUL dihati kita? ALLAHUAKHBAR.. 
  
# moga ALLAH redha 

"Wallahua'lam"