Tuesday, December 23, 2014

HUJAN ITU

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Hujan itu
ku pohon pada ILLAHI hadirkan hujan membawa rahmat
ku gusar hujan yang hadir membawa murka ILLAHI..

ku pandang
mendung awan,
lagi mendung jiwa mengenang dosa y membendung diri.

TAPI
pengampunan ILLAHI lebih luas dari langit!
taubat la wahai jiwa !

 "Wallahua'lam"

Sunday, November 23, 2014

fokus

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

& sebenarnya letih duk scroll kehidupan org lain dkat fb & ig . wake up n fokus on your life !



 "Wallahua'lam"

Sunday, November 16, 2014

word

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

"huhu"
 "!!!"

mesti tak faham kan apa benda la tu hehe.. :)

sebenarnya personally dyh akan respon "hmm" (dalam hati la) klau ttba dalam duk tgh best cte ngan kwn ada kwn respon huhu huhu "!!!" dalam conversation ktorang.

serius,
terus spoil mood hehe, & sebenarnya bagi dyh tu petanda u get bored or annoyed .

sep skit sapa y rasa benda y sama . :)



 "Wallahua'lam"

Tuesday, November 4, 2014

MUTIARA

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

“..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu..” (QS. Al Baqarah : 216)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dulu masa sebelum habis belajar. sangat ntah apa2. sibuk fikir pasal masalah hati*. mula la jumpa kwn2 baik tempat mengadu. serius weyh rasa nak gelak. sbb ntah apa2. ok. hehe. ntah apa2 ( means not a priority ) mungkin sbb masa tu rasa tu 'sesuatu sangat' ewah. lagi sekali serius rasa ntah apa2 je dulu. ok. mari analisis swot. walaweh. masalah hati* masa belajar dulu kebanyakkan disebabkan rasa diri memerlukan pasangan hidup. ewaaah. serius ni bukan part cinta-cinta monyet. malah ada yang ambil pendekatan yang lebih serius dan matang, tak main la update facebook. pergi melamar terus! . serius kan . alhamdulilah. satu cara yang islam ajar membawa diri kepada penemuan satu MUTIARA hidup. (korang faham tak) apa y cuba nak sampaikan. paham? ok sila buat-buat paham k. 
.
MUTIARA tu adalah...
.
cintakan dulu Allah & Rasul, emak&abah& family.
.
alhamdulilah dapat fokus apa itu sebenarnya CINTA . terima kasih kerana takdirmu bukan denganku, ewah. alhamdulilah takdir ALLAH s.w.t tersangat indah. -hikmah selepas berfikir. take times but valueable:')
.
skrg murid2 cuba kaitkan ayat al Baqarah di atas :') selamat berfikir.


 "Wallahua'lam"

Tuesday, October 28, 2014

graduasi itu

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

catatan ini
datang dari graduasi itu.

masih terkenang kaki melangkah turun karpet merah.
melambai2 mata ibu menangis sebak.
anak y keempat anak yang pertama bergraduasi dalam keluarga.

syukur.
akhirnya bergraduasi.

catatan ini
datang dari graduasi itu.
mendapat sedikit sentuhan tarbiyah itu nikmat.
membuat anak kembali tahu tugas sebenarnya makin berat.
apa punya ruang didalam keluarga.
duduk sejenak.
risau.

bukan risaukan kerja yang belum menanti tiba.
tiba risau.
apa bekalkan keluarga ini buat bertemu PENCIPTA kekal abadi.

catatan ini
datang dari graduasi itu.
yakin
janji PENCIPTA itu pasti.

kumerindui makin merindui kekasihMU ya ILLAHI..
Allahumma solli'ala Muhammad

 "Wallahua'lam"

Friday, February 7, 2014

yang mana lagi penting

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Sirru a'la barakatillah..

Apabila hal-hal dalam hidup anda bagaikan terlalu banyak, kerja, anak & bini, kawan-kawan, business, oran...g tua kita, dan anda rasa 24 jam sehari memang tak cukup, ingatlah tin biskut kering Hup Seng dan dua cawan kopi.

Seorang professor dalam kelas sosiology telah mengeluarkan beberapa barang di hadapan kelas.

Apabila kelas dimulakan, tanpa sebarang penerangan, professor terus mengeluarkan satu tin biskut Hup Seng yang besar dan kosong, dan terus mengisi tin tersebut dengan bola-bola golf sehingga penuh.

Kemudian, professor menanyakan pada anak muridnya, “Adakah tin biskut ini sudah penuh?” Kesemua anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Professor kemudian mengambil sekotak kacang, dan menuangkannya ke dalam tin biskut tersebut. Tin biskut digoncangkan sedikit, lalu kacang-kacang pun bergerak-gerak mengisi ruang di antara bola-bola golf.

Kemudian, professor bertanyakan lagi pada anak muridnya jikalau tin biskut tersebut sudah penuh ke belum? Anak murid mengangguk dan mengatakan “Ya!”

Selepas itu, tanpa ditunggu-tunggu, professor mengambil pula sekotak pasir dan menuangkan pasir tersebut ke dalam tin biskut. Sudah semestinya, pasir yang halus itu mengisi setiap pelusuk dan ruang di dalam tin biskut Hup Seng itu.

Kemudian professor bertanya lagi kepada anak murid, “Adakah tin biskut ini sudah penuh ?” Anak-anak murid semua mengatakan “Ya!” dengan penuh keyakinan!

Tiba-tiba, professor mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah meja, dan menuangkan semua kopi itu ke dalam tin biskut yang sudah penuh itu. Anak-anak muridnya tersenyum melihat aksi terakhir itu.

“Sekarang..” kata professor, dan anak-anak murid kembali fokus pada professor, “Saya mahu kamu semua faham, yang tin biskut ini adalah seperti hidup anda. Bola-bola golf melambangkan perkara-perkara paling penting seperti Tuhan, Agama, Keluarga, Anak-Anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan minat anda. Ini adalah perkara-perkara yang jika anda kehilangan benda-benda lain, semua itu sahaja yang akan tinggal, dan hidup anda akan tetap penuh berisi. Kacang-kacang merupakan hal-hal seperti kerja, kereta, rumah. Dan pasir yang kecil dan halus melambangkan perkara-perkara yang lain dalam hidup, “Perkara-perkara kecil” kata professor.

“Kalau anda masukkan pasir dahulu ke dalam tin biskut” professor menyambung, “Pasti tidak akan ada ruang untuk kacang-kacang ataupun bola-bola golf untuk masuk ke dalam tin. Sama seperti hidup ini, kalau anda luangkan semua masa dan tenaga anda pada perkara-perkara kecil sahaja, anda tidak akan ada masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang lebih penting untuk anda…” beritahu professor.

“Jadi…tumpukan perhatian anda kepada perkara-perkara yang membahagiakan dan menggembirakan hidup anda. Sembahyanglah berjemaah. Kukuhkan ikatan silaturrahim. Bermainlah bersama anak-anak. Bawa pasangan tercinta anda keluar berjalan-jalan. Luangkan masa bersama kawan-kawan. Pasti akan ada masa untuk anda bersihkan rumah, lipat baju, repair lampu rumah. Jagalah bola-bola golf dulu, perkara yang lebih bermakna dalam hidup anda. Ketahui perkara mana yang lebih penting dan patut diutamakan. Yang lain tu semua pasir sahaja.”

Seorang anak muridnya kemudian mengangkat tangan dan bertanya, “Apa maskud kopi tu pula?”

Professor menjawab dengan penuh senyuman, “Bagus awak tanya. Ia Cuma nak menyatakan, tidak kira berapa sibuk pun hidup anda dalam seharian, pasti akan ada ruang untuk minum kopi bersama kawan-kawan.”

~inna maa'l u'sri yusra,wa inna maa'l u'sri yusra~

# artikel ni di 'copy paste' dari sumber lain dgn tujuan untuk sebarkan kebaikan :') . harap penulis asal halalkan . semoga ALLAH redha :')


 "Wallahua'lam"

Saturday, February 1, 2014

alhamdulilah . ada org tlg ingatkan .

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

02.02.2014

mak tanya . "bila nk buat kerja sekolah" . means , FYP la hihi .
"Hmmm" . jwb si anak .
"instinct mak ni selalu btui. mostly!" monolog seorang anak .

a few minute then

si anak buka fb dgn senang hati .
tiba2 ..
tadaaaaaaaaaaaaaaa...




lecture FYP (Final year project) yang baik hati create group kt fb . alhamdulilah, ALLAH hadirkan hamba2NYA untuk sendirikan diri . alhamdulilah . so, uollls iollls rasa cm x mau buka fb sblm siap FYP ;p

 "Wallahua'lam"