Monday, December 30, 2013

l.o.v.e #2 .menghargai cinta.

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Alhamdulilah ..
baru lepas baca blog bff ..
alhamdulilah . i do love both of them . kerana ALLAH insya'allah .. (special sbb dyh tau paling kuat  diorg ni ja y bc blog dyh .. hehe )
sahabat y lain pun syg juga :') ..

menghargai cinta .

situasi pertama :
frust bercinta . maka frust tak tentu arah . serba serbi tak kena .

situasi kedua :
diorang tak rasa apa yang aku rasa .
aku tak ada apa yang diorng ada .

puihh .

(situasi ni menunjukkan kan semua tak rasa apa y kita rasa . masalahnya, kita rasa ke apa y org rasa?)

situasi ketiga :
hebatnya dia .
dia boleh la .

(situasi ni bila mana kita selalu compare kehidupan kita dgn org lain)

jawapan kepada setiap masalah diatas ialah istighfar byk2 . solat taubat byk2 .  berhenti seketika dan bersyukur :') . senang ? tu la spa suruh bikin payah hehe . ALLAH tak suruh kita cinta kehidupan kita, tp ALLAH suruh kita cintakan ALLAH . see ?

ni peringatan utk diri .
alhamdulilah :')

azam 2013 . kerana ALLAH . ingin ku hargai setiap detik cinta y ALLAH hadirkan . cinta=setiap nikmat ALLAH s.w.t.

Allahumasoliala sayyidina Muhammad ~ untung pelajar darul hadis dberi taklifan utk berselawat 1000 kali setiap hari . ALLAH . jum selawat . semoga ia menjadi asbab kita bermimpi KEKASIH ALLAH.  Allahumasoliala sayyidina Muhammad ~


 "Wallahua'lam"

Friday, December 13, 2013

l.o.v.e #1

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

are you ready or not . you have no choice or either you can think twise- double- triple till you realise something and you done nothing . so, should you have your own choice ?

read the book .
well .
you must understand before you can strive for l.o.v.e .

kompleks darul hadis , tok keling , kedah .
12.12.2013 .
Maulid .
w elisa n umi . alhamdulilah . Allahumasoliala sayyidina Muhammad ~


 "Wallahua'lam"

Thursday, October 3, 2013

jiwa - jiwa

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

copy paste dari status sahabat~

sedarlah wahai sahabat,
akhlak itu penyelamat,
saat menjelma kiamat
saat ke alam akhirat..

lidah itu tajam,
sakitnya menikam-nikam,
adunannya bemacam ragam,
coraknya jangan hitam kusam.

kita ingin menjelaskan,
tp knp dalam perkataan,
wujudnya sindiran,
bkn doa yg kita berikan.

secebis kata-kata berhikmah,
segunung kesinisan yg memperlemah,
ini yg kita gelar iman?
ini yang kita katakan ihsan?

salahkah kita berbalah?
sedangkan Ali dan Aisyah jua pernah,
tatkala perbezaan yang ketara,
persamaan yang dicari mereka.

berdosakah kita berhujah?
tp bergunakah hujah tanpa zikrullah?
berkesankah bila mengingkari teladan hasanah?
bertentangan dengan adab berhujah.

Berhati-hatilah,
kalau kita nak cari redha Allah.
sekalipun 500 tahun beribadah,
masih perlu pada rahmah.

sekalipun kita tidak salah,
kita bukan Rasulullah,
tiada ketaatan yg mutlak dari ummah,
kita semua hina dan lemah.


"Wallahua'lam"

Saturday, September 21, 2013

ukhwah ~

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

11.25 pagi. smkhk . bilik guru

alhamdulilah.. alhamdulilah .. alhamdulilah ... syukur hidup nikmat islam dan iman :)

sebak bila fikir pasal ukhwah ..
sebak sbb diri sendiri x menghargai .. x tunjukkan penghargaan .. ALLAH ..

sahabat.. kawan..
maaf kan aku ..
doa kalian selalu mengiringiku dan aku berharap diriku akan selalu mendoakan kalian ..

IMAN ..
IMAN..
IMAN..

kmp .. umi huda yana era yuyu etiey syada ..
upsi .. fara aim fatin ernie emma ina abil ain yana anis

rindu .

 "Wallahua'lam"

Friday, August 23, 2013

impian

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

impian .

mudah aku coretkan.

impianku.

manjadi hamba ALLAH yang sebenar-benar hamba.
menjadi pengikut Rasulullah s.a.w yang setia.
menjadi anak yang solehah.

...

pagi tu sekali diuji,

ya ALLAH perasaan yang tak mudah diungkapkan . malas, benci ! mungkin sbb tersa diri ini lebih dari yang lain . ingat penghargaan dari ILLAHI bagi yang bersabar . T_T ..

tak mudah. namun tak mustahil .



 "Wallahua'lam"

Saturday, August 17, 2013

ramadhan 1434 H. (1)

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum .

salam 11 syawal 1434 H .
16:01 pm .


kali pertama pegang buku nie. sentuh . rasa. berbulatan gembira di surau al-falah . ALLAH. T_T
kitab ni ada empat puluh dua hadith . baca sepintas lalu je . y pernah dibincangkan dalam usrah dulu . alhamdulilah ada y masih lagi ingat . kebanyakkan hadith-hadith mengandungi kaedah dan sumber hukum-hukum islam . ALLAH . bagi y mula - mula mengorak langkah nak berubah , elok la tambahkan ilmu kefahaman mengenai islam . maka ? iqra . bacalah dengan nama tuhanMU. 



hadis 1 - segala amal adalah dengan niat
            - hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan
            - maksud niat orang y berhijrah bersama rasul ( pengertian hijrah, pengertian dunia )

hadis 2 - malaikat datang menjelma sebagai seorang manusia
            - rukun islam
            - rukun iman
            - insan
            - hari qiamat

hadis 3 - islam didirikan atas lima sendi
            - syahadah, sembahyang, zakat, haji dan puasa

dan banyak lagi.. 

syaduhnya, bila buat perbincangan dalam usrah a.k.a bulatan gembira satu-satu menyusuk kalbu . klau pergi dengar pengisian dari ulamak2 , ustaz2, ustazah2 . ALLAH . mesti hati kita rasa basah T_T . Sbb tu nak menuntut kena ada guru . 

daurah ramadhan bersama tenaga pengajar maahad darul hadis.
pengajian hadis selama sepuluh hari berturut- turut, ramadhan 1434 H.
masjid sultanah bahiyah, alor star, kedah. ( terharu tgk sahabat2 dari johor pun ada untuk mengisi kekosongan jiwa untuk hadir majlis ilmu, bayaran penginapan hnya rm 40 termasuk makan , ALLAHUAKHBAR . murah kn .semoga ALLAH redha setiapnya ) bukan apa nk bagi tau klau ada majlis ilmu jgn dok pikiaq sal duit dulu . insya'allah msti hampa terkejut, hasil lbh mengujakan dari modal ^^v .

disebabkan sekolah . eh pratikum . maka alhamdulilah dpt dgr hayati beberapa slot.



hadis 3 - (Tunjang agama islam )

2/3 hidup untuk beribadat kpd ALLAH s.w.t ( T.T .. ustaz ckp sifat hamba dengaq ckp tuannya , tp awat kita ketegaq sgt ?? T.T .. ketegaq= keras kepala .. x mau buat apa ALLAH suruh .. suruh tinggal maksiat .. suruh tinggal apa2 y mendekatkan diri pada zina .. adakah kita x yakin janjI ALLAH ? .. beza yakin dng tak adalah tindakan T.T )

kita seharusnya merasakan setiap kali waktu solat , seolah-olah ALLAH memanggil-manggil kita . T_T . solat diawal waktu merupakan hak ALLAH . T_T. 
orang soleh, 
-menjaga solat fardu di awal waktu ,ironinya, ustaz ckp mudah solat fardu, mudahlah kita tunai kan solat sunat, jaga solat sunat, dgn petik jari kita boleh jaga solat fardu . faham dak ? T_T . ALLAH.

hubungan dgn manusia . teringat kata2 ustaz pahrol (ceramah israk makraj )orang y paling menjaga hubungan dgn ALLAH, adalah org y paling menjga hubungan dgn manusia  . T_T ..

Jika ALLAH izinkan lapisan bumi dan langit , turut bercakap menjadi saksi org y berpuasa kerana ALLAH s.w.t ,akan masuk syurga .

hadis 4 - ( penciptaan manusia dan kesudahannya )

Rasulullah s.a.w ( sddiq - benar ), ALLAH s.w.t membenarkan setiap kerja dakwah baginda. 

Manusia diciptakan dari air mani selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah 40 hari, menjadi daging 40 hari. selepas (120 hari = 40+40+40 ) ALLAH masukkan deria2 . ruh ditiupkan selepas 4 bulan. ALLAH turunkan malaikat menjaga rahim, maka ditiupkan ruh.

dari dalam perut kita bergantung, mula-mula dgn perut mak, dan seharusnya kita ingat keluar dari perut lebih lagi pergantungan hidup kita pada ALLAH s.w.t . T_T

ustaz ada cakap ada khilaf pandangan ulama mengenai y mana diciptakan dulu antara ruh @ jasad .
maka , ustaz ambik pandangan ulama berdasarkan hadis ( x wat catatan sory ) ruh diciptakan dahulu,berdasarkan hadis, ruh ditiupkan ( maksudnya ruh dah dicipta, tunggu nak ditiupkan sj ). ruh adalah urusan ALLAH . Ruh terletak dihati, maka nak jaga ruh kita, kita kena jaga hati (kekuatan ruh) baru cheq tau T_T .

Ditiupkan ruh, di catatkan 4 perkara
1) rezeki
    sifat manusia suka memikirkan rezeki
    Tanda Rasulullah s.a.w, suruh kita yakin dengan rezeki ALLAH s.w.t
2) Ajal
    Dimana kita mati, dan bila kita mati
    ustaz ada cakap jarak antara tempat kita mati dgn tempat kita hidup, ALLAH ampunkan dosa . 
    lagi jauh lagi byk ALLAH ampunkan . x semestinya y meninggal dkt tu x baik cuma jarak tu bonus ALLAH bagi T.T ..
3) Amalan baik @ buruk
4) Pengakhiran baik @ buruk, bahagia @ celaka .

bagi no 3 dan 4 ni, byk ustaz terangkan . ada y beramal dgan amalan ahli syurga, namun di akhir hidup melakukan amlan ahli neraka . nauzubillah . sbb tu kita kena berdoa supaya diakhir hidup kita husnul khatimah (pengakhiran y baik) . 

ustaz ada cakap, kita masuk syurga pun bukan bergantung sgt dgn amalan kita, sbb rahmat ALLAH, klau nak ikutkan nk jadi syurga kena beramal dgn amalan ahli syurga , amalan kita ni sikit sgt , tp ALLAH tetap syg T.T ..

perkara-perkara yang menyebabkan seseorang berakhir dgn s'ul khatimah ( pengakhiran y buruk )
-derhaka dgn ibu bapa
-byk fikirkan tentang dunia
-melengah-lengahkan solat
-menyakitkan hati org

dan banyak lagi..

hadis 4 dituntut menjaga iman, sbb sifat hati berbolak-balik, kita kena selalu doakan supaya ditetapkan iman.
IMAN . terlalu bermakna . T_T.

Amalan y dilakukan istiqamah, ALLAH akan jaga iman . amalan y sedikit tapi berterusan . byk lg bagus tapi harus berterusan T.T ..

ada lagi bebeberapa hadis y sempat dengar, lebih baik sahabat2 cuba dptkan buku ni dan baca , lepas tu rasanya baru kita dapat feeling y sama :') . baru best komunikasi dua hala ( teknik pengkongsian cikgu ^^v )
...................................................................................................................................................................

# catatan y dtulis balik selepas dgr slot2 tu .
# maaf lambat buat perkongsian ni .
# segala kesilapan y dkenalpasti boleh bgtau cheq .
# semoga ALLAH redha .


 "Wallahua'lam"

Friday, June 14, 2013

teguran cinta

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 utk housemate 6 semester .

teguran cinta dari ILLAHI,
buat y insan khilaf sepertiku,

tak sangka teguran tu tamparan hebat buat diri,
ya ALLAH, tak kusyukuri ketika kaki melangkah mencari cintaMU mereka kekuatan yang ENGKAU hadirkan disisi,
kelebihan mereka, pelengkap hidupku disini, kekurangan mereka, sisipan ganjaran yang pasti ENGKAU hadirkan kepada yang ikhlas melengkapi kelompongan itu,
suka duka hidupku dikongsi bersama,
sampai ku temu sesuatu,
sehingga aku berubah,

sombong !

aku menilai diri,
sombong dengan nikmat yang dberi,
maka aku selalu membanding2kan mereka dengan y lain,
sedangkan akhlak bukan yg terbaik untuk dicontohi,
lalu mengapa difikirkan  mereka tdk sama seperti y lain,

semoga ALLAH bg keampunan,
ku redhai , teguran dari ILLAHI sgt mnyentuh hati,
membuatkan ak lebih mendiamkan diri,

aku melatih diri,

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI
-c&p cc:ALLAH's seeker 



"Wallahua'lam"

Sunday, June 9, 2013

ahlan wasalan

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"
 



 "Wallahua'lam"

Saturday, June 1, 2013

Apakah persediaan seorang Muslim sebelum bernikah?

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Apakah persediaan seorang Muslim sebelum bernikah?

Sahihul ibadah
Ibadah yang sahih

Salimul aqidah
Aqidah yang sejahtera

Matinul khuluq
Akhlak yang mantap

Mutsaqqafal fikri
Berpengetahuan luas

Nafi’un li ghairihi
Bermanfaat kepada orang lain

Munazhamun fi syu’unihi
Tersusun urusannya

Haarisun ‘ala waqtihi
Menepati waktu

Mujahadah ‘ala nafs
Mampu melawan nafsu

Qadiran ‘ala qasbi
Mampu berdikari

Qawamul jism
Tubuh badan yang sihat
 
krdt :  http://harithfaisal.blogspot.com/



 "Wallahua'lam"

BERTUNANG BUKAN BERKAHWIN

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

BERTUNANG BUKAN BERKAHWIN


Soalan: Sejauh manakah seseorang boleh berkenalan dengan tunangnya?
Ifah, Perak
Jawapan: Terima kasih kepada saudari yang bertanya. Soalan ini menunjukkan keperihatinan tentang perkara biasa yang terjadi dalam masyarakat kita. Ia juga menggambarkan saudari sangat mengambil berat tentang perlunya mengikut syari’at dalam kehidupan seharian termasuk perkara yang berkaitan dengan bertunang. Tulisan ini bukan untuk membahaskan tajuk bertunang dalam Islam secara lengkap, hanya jawapan ringkas persoalan di atas.  
1. Bertunang atau dalam bahasa Arab disebut al-khitbah merupakan pintu masuk ke alam perkahwinan. Ia dilakukan selepas seorang lelaki mencari dan berpuas hati dengan semua sifat yang ada bagi seorang wanita untuk dijadikan bakal isterinya. Oleh kerana perkahwinan adalah satu perkara yang serius dan mempunyai impak yang besar maka pertunangan telah disyari’atkan dalam Islam sebagai permulaannya.
gambar hiasan

2. Bertunang ialah seorang lelaki meminta kepada seorang perempuan untuk berkahwin dengannya, kemudian perempuan serta walinya bersetuju. Dalam Islam bertunang adalah  persetujuan dan janji untuk berkahwin yang perlu dihormati oleh orang ramai. Kedua-dua pihak boleh membubarkannya tidak seperti nikah, lafaz talak hanya dimiliki oleh suami. Dr. Mahmud Ali al-Sartowi menyatakan:
Tiadalah pertunangan itu melainkan janji untuk berkahwin, ia merupakan kontrak yang tidak lazim, kedua-dua pihak berhak untuk membubarkan pertunangan pada bila-bila masa sahaja. (al-Sartowi, Syarh Qanun al-Ahwal al-Sahsiah)
3. Seorang lelaki boleh menyatakan hasratnya kepada seorang wanita yang masih anak dara secara terus terang. Namun ia dilarang secara terus terang jika seseorang ingin bertunang dengan perempuan yang masih dalam ‘iddah kematian suami, sebaliknya hendaklah dengan cara kinayah (tidak terus terang). Inilah pertunangan yang disebut di dalam al-Qur’an menerusi fiman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 235 yang bermaksud:
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam keadaan rahsia, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.
4. Untuk mengelakkan pergaduhan dan permusuhan sesama muslim dengan hanya kerana seorang perempuan, maka Islam melarang seorang lelaki meminang seorang perempuan yang telah menjadi tunang orang lain. Namun jika lelaki yang pertama mengizinkan atau telah meninggalkannya maka ia tidak dilarang. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak boleh seorang lelaki meminang seorang tunang saudaranya sehinggalah lelaki yang pertama meninggalkannya atau mengizinkannya. (Riwayat al-Bukhari)
5. Bertunang lebih afdhal tidak diwar-warkan atau diiklankan secara terbuka, tidak seperti perkahwinan yang perlu disebarkan. Maknanya pertunangan hendaklah disembunyikan melainkan jika terdapat keperluan. Ini untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak kerana ia merupakan kontrak yang tidak lazim, iaitu kedua-dua pihak lelaki atau perempuan boleh membubarkannya secara mutlak tanpa mendapat persetujuan tunangnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
War-warkanlah nikah dan sembunyikanlah pertunangan. (Riwayat al-Dailami)
Bertunang bukan berkahwin
6. Bertunang hanyalah janji untuk berkahwin. Ia tidak sama dengan berkahwin yang kesannya seorang wanita (isteri) adalah halal bagi suaminya selepas akad nikah. Manakala bertunang seorang perempuan tidak menjadi halal sedikit pun bagi tunang lelakinya. Ia sama seperti sebelum bertunang, yang berbezanya ialah tidak boleh lelaki lain meminangnya. Ini yang mungkin menjadi punca kekeliruan orang ramai sehingga ada yang menyangka bertunang menjadi ‘lesen’ untuk berpegangan tangan. Tidak kurang yang menjadikannya ‘tiket’ untuk memadu cinta dan sayang.
7. Oleh kerana bertunang adalah janji untuk berkahwin, maka ia boleh jadi akan berlaku atau sebaliknya. Islam mengambil kira perkara itu demi menjaga maslahat kedua-dua pihak khususnya perempuan. Kerana ia melibatkan maruah yang mungkin boleh didedahkan kepada orang ramai sekiranya perkahwinan tidak berlaku. Sebab itu pertunangan tidak menjadikan pasangannya halal sebagaimana halalnya sebuah perkahwinan. Kedua-dua pihak kekal sebagai ajnabi (orang luar) yang hukumnya sama seperti hukum-hakam yang umum bagi ajnabi, antaranya mesti menjaga pandangan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 30-31, maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang ang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.
8. Begitu juga tidak boleh menyentuh di antara satu sama lain. Bertunang tidak menjadikan harus perbuatan berpegangan tangan sesama tunang. Apatah lagi naik motor bersama berboncengan sebagaimana yang pernah kita saksikan. Rasulullah SAW memberikan amaran tentang hal ini sebagaimana dalam sebuah hadith yang bermaksud:
Menusuk jarum besi ke kepala kamu adalah lebih baik bagi kamu daripada memegang seorang perempuan yang tidak halal baginya. (Riwayat al-Baihaqi)
9. Suara bagi seorang tunang juga perlu dikawal dengan penuh berakhlak. Bukan tidak boleh bercakap langsung dengan tunangnya, tetapi tidak boleh dimanjakan sebagaimana seorang isteri kepada suaminya. Dalam perkataan lain tidak boleh mengada-ngada atau gedik. Allah SWT melarang suara wanita yang boleh menyebabkan seorang lelaki tertarik kepadanya, firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 32 bermaksud:
Maka janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik.
                    
10. Selain itu, seorang perempuan juga tidak boleh mendedahkan perhiasannya kepada tunangnya. Auratnya masih wajib ditutup kerana tunangnya masih dianggap ajnabi. Jika ingin bertemu atau berjumpa mestilah bersama dengan mahramnya. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki tidak boleh bersunyian dengan seorang wanita melainkan bersama dengan mahram. (Riwayat al-Bukhari)
Hubungan dalam tempoh bertunang
11. Tempoh bertunang ada yang pendek dan ada yang panjang. Ia berbeza-beza mengikut perbezaan situasi seseorang dengan seorang yang lain. Namun yang lebih baik adalah tempoh yang singkat untuk mengelakkan maksiat dan keburukan yang timbul daripada kedua-dua pihak. Semakin panjang tempoh bertunang semakin banyak kehendak dan permintaan yang diluar kawal dan tidak patuh syari’at.
12. Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenalan. Tetapi ramai yang tersilap dengan menyangka bahawa ia adalah berkenal-kenalan sesama tunang, sedangkan berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga perempuan agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Akhirnya ia melahirkan rasa tangggungjawab yang kemudian Allah Azza wa Jalla bakal menganugerahkan kepadanya sakinah dan mawaddah apabila berkahwin kelak insyaAllah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Rum ayat 21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
13. Berkenalan ini yang sering disalahgunakan untuk menghalalkan perbuatan tertentu seperti keluar makan bersama, duduk berdua-duaan sama ada di alam nyata atau alam maya, study dan siapkan assignment bersama, serta bertukar-tukar gambar. Apabila ditanya mengapa lakukan semua itu? Jawabnya mudah: untuk lebih mengenalinya supaya senang bila kahwin nanti. Semua ini hanya alasan semata-mata untuk menutup kemahuan hawa nafsunya. Sedangkan untuk mengenali dan menyelidik latar belakang tunang sepatutnya dilakukan sebelum bertunang lagi iaitu ketika proses memilih dan istikharah, bukannya selepas bertunang. Kerana bertunang maknanya kita telah membuat pilihan.
14. Tempoh bertunang sepatutnya menjadi tempoh yang bersih dan suci daripada sebarang dosa, kerana kita sedang memulakan langkah untuk membina sebuah kehidupan yang punyai matlamat yang besar. Langkah-langkah permulaan ini perlu baik dan tidak sumbang. Jadikan ia kukuh dengan kekuatan taqwa dan taat. Jika tempoh ini dicemari dengan perbuatan yang bercanggah dengan syara’ dikhuatiri ia memberikan kesan yang besar kepada rumah tangga yang bakal dibina.  Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 109 bermaksud:
Maka adakah orang yang membangunkan binaannya yang didirikan di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan binaannya yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka?
15. Atas dasar inilah kita dapati terdapat ilmuan yang agak keras jawapannya dengan tidak membenarkan segala perhubungan dalam tempoh bertunang. Mereka menggunakan kaedah sadd al-zarai’e (menutup jalan) kerana bimbang akan mudharat yang tidak dinafikan peratus berlakunya. Lihat sahaja kes pembuangan bayi, tangkapan khalwat dan masalah sosial. Pandangan seumpama ini tidak salah kerana kaedah yang digunapakai ada asasnya.
16. Manakala pendapat yang mengatakan boleh berkenalan dalam tempoh bertunang, berhubung, berjumpa dan menjaga tunangnya, pastinya mereka tidak mengatakan secara mutlak, sebaliknya mesti mengikut syarat-syarat dan garis panduannya. Sebenarnya kedua-kedua pandangan tidak bercanggah di antara satu sama lain, matlamatnya satu hanya kaedah yang berbeza.
17. Kesimpulannya, Islam adalah cara hidup yang mengatur dan memandu manusia hatta dalam soal bertunang. Ia merupakan janji yang perlu dijaga agar mengikut panduan syara’ kerana bertunang bukannya berkahwin. 
Anhar Opir
11 Jumada al-Akhir 1433H
Sweileh, Amman

link asal :) ustaz anhar


 "Wallahua'lam"

Thursday, May 30, 2013

[26.05.13] aniza&azuan's engagement ♥

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Alhamdulilah ..





may ALLAH bless both of u :) ..

dearest sister,

 A sister is someone who loves you from the heart,
No matter how much you argue you cannot be drawn apart.
She is a joy that cannot be taken away,
Once she enters your life, she is there to stay.

A friend who helps you through difficult times,
Her comforting words are worth much more than dimes.
A partner who fills your life with laughs and smile,
These memories last for miles and miles.

When she is by your side, the world is filled with life,
When she is not around, your days are full of strife.
A sister is a blessing, who fills your heart with love,
She flies with you in life with the beauty of a dove.

A companion to whom you can express your feelings,
She doesn’t let you get bored at family dealings.
Whether you are having your ups or downs,
She always helps you with a smile and never frowns.

With a sister you cannot have a grudge,
She is as sweet as chocolate and as smooth as fudge.
Having a sister is not just a trend,
It is knowing you can always turn to her, your best friend.

.....................................................................................................................................................................................

harapan seorang adik,

kak ja ♥ abg wan

satu langkah lagi menuju redha ILLAHI, alhamdulilah . semoga sisa masa y ada digunakan untuk buat persediaan menjadi seorang isteri, seorang suami, seorang ibu, seorang ayah . persediaan mencari setiap sudut kehidupan untuk mendapat redha ALLAH . persiapkan dirimu . perkahwinan bukan bermatlamat nafsu semata2 . lebih dari itu, bukan soal siapa yang layak dhati, tp soal siapa y sanggup mengharungi jalan hidup ini bersama-sama mencari redha ALLAH :) . both of u . teruskan menjaga ukhwah dgn family, bersyukur dtakdir bersama kalian y sudi menjaga keluarga :) . semoga istiqamah melakukannya hingga hujung nyawa :) . semoga ALLAH takdirkan kalian berdua sehingga lafaqz sakinah , dan jodoh ini berkekalan hingga hujung nyawa . jaga hubungan dgn ALLAH, insya'allah ALLAH menjaga hubungan kita dengan manusia .




 "Wallahua'lam"

Tuesday, May 28, 2013

merindui .

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

s


 tarik nafas . lepas . huuuu~ minggu ke 14 lg 3 hari kena siapkan assigmnt . chaiyouk !

 "Wallahua'lam"

Monday, May 20, 2013

bicara sendiri

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 Andai di suatu masa kita rasakan bahawa hati kita layak untuk di miliki oleh seorg insan di muka bumi ini,maka ketahuilah dahulu bahawa hati kita ini sudah pun di miliki oleh DIA yg Maha Mengetahui.
Jika kita ingin memberi hati kita ini kepada yg selayaknya,maka jadilah kita selayaknya bagi diri 'pemilik' hati kita yg hakiki.
Apabila kita dapat membuat yg terbaik kepada 'pemilik' hati kita ini,insya-Allah akan datangnya yg terbaik untuk hati kita di miliki oleh seorg insan di dunia ini..


copy paste status sahabat ..

ALLAHURABBI..

rasa kerdil bilamana diri tak menjaga hubungan dgn ALLAH, namun hati masih berangan2 membina cinta dunia . :(

smlm dapat satu khabar berita . alhamdulilah ALLAH bg hint untuk lupakan seseorang .

ya ALLAH, jauhi la aku dari masalah hati . jalan ini masih panjang buatku , jgn biar kan ku bertemu dgn pasangan hidup ku dalam keadaan ENGKAU tidak redha .

ya ALLAH, ketemukan la aku dgn seseorang y memahami keadaan keluargaku.

ya ALLAH, izinkan aku, menjaga hakMU sebagai pencipta.

ya ALLAH, jadikan la aku hamba y berserah kepadaMU dalam apa jua keadaan.

Aamin .. aamin ya RABB ..

.....................................................................................................................................................................................

memandangkan AB sudah byk y bercakap soal zauh dan zaujah .

ya ALLAH, ketemukan mereka dgn seseorang y berjuang dijalanMU ya ALLAH .

semoga bertemu jodoh ----> semoga boleh infakkan anak2 nnt untuk perjuangan ALLAH.

alhamdulilah .

# aceli, sy tak bersedia pun ~ lalala ckp je lbh lalalala ~ ^^
# zulaikha zainol . lalala ~ ^^v

 "Wallahua'lam"

Sunday, May 19, 2013

ketenangan jiwa

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


ketenangan jiwa milik sesiapa y mengingati ILLAHI , wallahi , ku sgt bersyukur atas nikmat ini ya ALLAH .
Izinkan la terus bersama mereka .



 "Wallahua'lam"

Thursday, May 16, 2013

tersentuh

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

situasi pertama #

hari yang berkenaan semakin hampir . ALLAHURABBI . risau dlm hati ni hya ALLAH y tahu . sahabat2 nmpak tenang . luaran mungkin . semoga ALLAH permudahkan . aamin ya rabb .

doakan yea . ALLAH permudahkan setiap urusan kami.

situasi kedua #

bila baca post2 dfb uji2 y menimpa org2 soleh ni . ALLAHURABBI . xde nilai ujian y menimpa kita sekelumit cuma .

situasi ketiga #

-ALLAH akan uji apa yang kita bicarakan-

situasi keempat #

pesanan seorang sahabat .  'tetapkan hati tetapkan iman. Hati jangan mudah ter'goyah dgn 1 komen ja.. jga2 penyakit hati.. istighfar bgyk2..' - zulaikha zainol

doa sentiasa bersama buat sahabat .

situasi kelima #

ya ALLAH , lain benar sahabat y dtarbiayah dgn tdk . bila mana dyh buat silap, ada org tegur dan memaafkan .


.................................................................................................................................................................


al-fatihah buat cikgu maznah , SKP y meninggal dunia disekolah ketika sambutan hari guru . ALLAHURABBI . ajal x mengira tempat dan masa .



 "Wallahua'lam"

Sunday, May 12, 2013

kdbm #

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

perlu cerita .

debat ASTAR 2013 .

sebenarnya tak buat apa2 pun .

cuma nak cerita, bahagianya hidup bila jumpa dgn org2  positif nie . kak nad, kak aini . din . a.fawiz ..



 "Wallahua'lam"

Wednesday, May 8, 2013

hakikat iman

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

walaupun kak zainab x baca post nie .

tetap dyh nak post :) ..

indah ukhwah ini, bila mana ada saja bait2 y mengubat jiwa .. ALLAH ku bersyukur mengenali 'mereka'..

untuk muhasabah diri bersama .

4 hakikat iman .

1) ingat kebaikan orang kepada kte
2) lupakan kebaikan kte kepada orang
3) Ingat keburukan kte kepada orang
4) lupakan keburukan orang kepada kte

T.T ..

cinta itu hadir , hanya kerna ALLAH s.w.t ..



 "Wallahua'lam"

Tuesday, May 7, 2013

kasih syg

"Dengan Nama
Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 hari ini ,

baru perasan semua benda dh dicabutkan,
terasa terhina .
sbb manusia membenci .
ujian ALLAH buat hati .

ujian buat org y dtgur dan menegur .

'ya ALLAH jauhi la aku dari penglihatan dan pendengaran mereka ya ALLAH..'

andai kata hadirku , untuk dibenci , jauhi la aku dari terus menyakitkan hati hambaMU .

-ku menangis memohon maaf dari manusia, kerna salah itu dirasai pada pandangan mata, ya ALLAH hinanya aku ketika aku tidak sujud taubat kepadaMU, kerna setiap saat ku yakin,  pada ada perintahMU y aku langgari-


-mohon hati dijauhi perkataan benci , kerana aku cuma hamba y penuh dosa x lyk utk membenci kecuali apa2 y menjadi musuh agama ALLAH-

......................................................................................................................................................

manusia,
jika kau cari jln keluar dsebalik masalah,
pasti kau akan ketemu cinta,
yang membuang titik hitam dihatimu,

jika kau cari sesi kesalahannya,
pasti hatimu mudah ketemu kebencian,
yang akan membuat kau tak kenal erti kasih syg.

peringatan buat diri . alhamdulilah . ujian itu hadir untuk jadikan pengajaran .

"Wallahua'lam"

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 # part 1

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

alhamdulilah .. ditakdirkan bertemu dalam PRU ke 13 :') .

ada orang selalu berdoa.

'ya ALLAH, berikan kemenangan ke atas islam dalam PRU ke 13 ini, izinkan lah kami menggunakkan kekuatan yang kami ada untuk membantu kemenangan islam, jangan ENGKAU jadikan kekuatan kami untuk menghancurkan islam' aaminn..

ada orang selalu kata.

'jangan politikkan agama'.

'jangan jadikan orang islam sebagai sasaran anda untuk berkempen'

bukan setakat itu . macam-macam lagi .

ada mata yang memerhati .

'eh, makcik nak ikut ke berkempen?' 'duduk je dalam bilik nie'.
'eh, xpe 5 tahun sekali je, usaha kan kali ni untuk kemenangan islam'
monolog dalam hati : 'SubahaALLAH, mak cik yang berumur pun nak bagi sumbangan, yang masih muda masih merungut'.

ada jiwa yang sedang menangis .

'ya ALLAH, kejamnya mereka'
'ujian selepas kemenangan lg hebat'
'layakkah aku menjadi petugas islam?'

ada jiwa yang masih tidak mengerti.

'pilih je yg mana2 pun sama je'




 "Wallahua'lam"

Wednesday, April 17, 2013

ini yang terakhir (5)

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

'adik, mak ckp adik nak bertunang, eh tak pernah cerita pun .. huhu', senyum sendiri. ye bertunang ..

 "Wallahua'lam"

Macro - SMK KUALA PEGANG

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum.. alhmdulillah .. bersyukur atas nikmat islam dan iman ..iman for double meaning 4 me . ALLAHUAKHBAR .. ( ya ALLAH izinkan aku menggunakan kekuatan yang ada buat kali ini).. aaminn..


:)

alhamdulilah cuti midterm yg lepas , ALLAH izinkan buat assgmnt pengajaran macro kat sekolah. SMK Kuala Pegang jadi pilihan . nk tahu x? sebenarnya, ya ALLAH.. anis n yana yg usahakan ktorng dpt sekolah tu . subahanALLAH. sampai skrng rasa x mau henti2 nk thank kat diorng . untungkan ALLAH hadirkan sahabat cm ni :) .
myb agak rushing balik kedah untuk buat macro , memandangkan hati ada kat TM, separuh lagi (menanggung rindu) nk balik rumah . tp alhamdulilah , dalam seminggu ALLAH izinkan balik rumah, buat macro, then dtg blik TM . kalau difikir guna akal x tercapai :) . kekuasaan ALLAH.
Macroteaching . satu pengalaman pertama mengajar kat sekolah. ptg isnin naik bus ke baling dari pendang, then pada pagi y indah bang Am bwa ank dia haziq teman adik dia buat macro :) . (terharu , abg sendiri ambik cuti then siap tlg anta g balik dr kulim ~ , thank a lot bang am , kak shima n haziq, hanya ALLAH mampu membalas jasa baik korang ^^ ).. smpai2 kat sekolah , jumpa yana anis ain , mak ain, ayah ain .. nmpk x? kesungguhan semua org . yeppi ^^ .. alhamdulilah ..
selepas beberapa jam ktorng dh selesai macro .

*special thank*
-student 5 gemilang-
-warga SMK KUALA PEGANG-
-abg am n family-
-nurlyana lazim-
-izatul anis md rodi-
-nor farahain jamail n family-


*ini . untuk kalian :)*








macro.
9 April 2013.
9 - 10.20 pagi.
SMK Kuala Pegang.


 "Wallahua'lam"

Monday, February 11, 2013

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

sem 6
tahu kamu ?
ok . masa sgt berharga .
sila tumpukan untuk y lebih ikhlas .
tahu kn ?
 ok . bai

"Wallahua'lam"

Sunday, February 10, 2013

sanah helwah NAAS :')

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


tiada kata,
tiada nasihat,
tiada tinta,
tiada segala-galanya,
yang terindah,
melainkan,
ayat-ayat suci dari kalam ALLAH,
maka berpegang padanya .

sanah helwah NAAS :)

*y special tu unik-so x perlu rotate ;p  *
 

p/s : doa buat sahabat tercinta semoga tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi . semoga ALLAH redha hidupmu sahabat. NAAS :') welcome 22 . 30 rabiul'awal 1434 . 11 februari 2013

 "Wallahua'lam"

Thursday, February 7, 2013

nikmat paling lazat di dunia

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


UIA - 'kalau org tya kita benda paling lazat dalam kehidupan didunia , ingatlah 'mati syahid' nikmat paling lazat , dulu kini selamanya' .


pernah dgr dulu ustaz2 ceramah . kita mst simpan niat mati syahid . ALLAH . masa tu jauh rasa s y a h i d pun jarang dengar ni kan nak jadikan satu cita-cita tertinggi . tu masa tu . sebab ?? cheq dok pikiaq org p berperang ja y patut mati syahid nie . istighfar . ALLAHUAKHBAR . so, kita yang x de perang kat malaysia ni x lyk la pikiaq sal mati syahid . istighfar . dimana , tak kira masa kita ada peluang tegakkan agama ALLAH , syahid cita-cita tertinggiku, impian . semoga ALLAH redha . so, sahabat y baca entrie nie hadirkan dihati , niat cita-cita tertinggi kita adalah syahid dalam menegakkan agama ALLAH . bagaimana ?  semoga ALLAH memberi ruang dan peluang kita menuntut ilmu dalam mendalami agama ALLAH , supaya kita tahu, sebenarnya mksd 'syahid' bukan hanya y seperti kita fikir, dan sebenarnya sekerdil2 kita , ada sesuatu y kita boleh buat untuk tegak agama ALLAH , berdoalah sahabat terus menerus sehingga kita dberi peluang dan merebut peluang tu . ALLAHUAKHBAR .

pernah dengar lagu nie ? biar bermain dibibir, agak tergerak suatu masa nnt hati untuk merasai apa yang dnamakan perjuangan .



 kandungan entrie dibawah di-copy paste




Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berdoa kepada Allah dengan benar untuk mendapatkan mati syahid, maka Allah akan menyampaikannya kedudukan para syuhada walau pun dia mati di atas tempat tidur”. (H.R. Muslim)

Kata syahadah dalam Bahasa Arab memiliki banyak makna, diantara maknanya adalah mati syahid di jalan Allah, dan inilah yang dimaksud dari hadits di atas.
Dalam hadits ini dijelaskan bahwa apabila kita memohon kepada Allah SWT agar diberikan kemuliaan berupa mati syahid, maka kita akan diberikan pahala seperti orang yang mati syahid walaupun pada akhirnya kita tidak mati di medan tempur melainkan mati di atas tempat tidur.
Seperti halnya Khalid bin Walid RA sahabat yang terkenal gagah berani dan dalam hampir setiap pertempuran yang dia alami dan dia pimpin baik sebelum dia masuk Islam atau pun setelah masuk Islam kemenangan selalu diraihnya. Namun di akhir hayatnya Khalid menderita sakit lalu meninggal di atas tempat tidurnya.
Dalam hadits ini juga terdapat anjuran untuk selalu berazam atau berniat melakukan kebaikan diantaranya adalah memohon kepada Allah agar kita bisa mati di jalan Allah SWT, mati dalam peperangan membela agama-Nya. Berarti jalan menuju mati syahid di jalan Allah SWT adalah berjihad di jalan-Nya agar kalimat-Nya menjadi yang paling tinggi dan agama hanya untuk Allah SWT semata, serta mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam yang terang benderang, menyebarkan agama Islam, menegakkan keadilan, menolak kazaliman dan kerusakan, menjaga kaum muslimin serta menghancurkan musuh dan menolak segala tipu daya mereka.

Pernahkah terlintas dalam benak kita untuk bisa berperang, berjihad dalam arti mengangkat senjata dalam rangka mempertahankan akidah, memelihara agama yang mulia ini serta meninggikan kalimat Allah SWT, meninggikan kalimat tauhid, tidak ada ilah selain Allah SWT.???
Abu Hurairah RA berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
“Barang siapa yang mati dan belum berperang dan tidak terlintas dalam dirinya untuk berperang, maka dia mati dalam prilaku orang munafik”.(H.R. Muslim)

Adakah dalam diri kita niat atau keinginan untuk mendapatkan mati syahid di jalan-Nya?, atau jiwa kita ini takut akan kematian dan lebih suka kepada dunia dengan segala kegemerlapannya???
Sehingga tidak terbersit sedikitpun untuk memiliki cita-cita berjihad dan kemudian akan mendapatkan mati syahid (syahadah).

Orang-Orang kafir, terutama kaum Yahudi dalam memerangi kaum Muslimin dengan potensi dan persenjataan sangat canggih dan paling mutakhir serta jumlah personilnya yang sangat banyak namun mereka tidak akan mampu menghadapi ketegaran dan semangat membaja kaum Muslimin yang mempertahankan akidahnya. Kaum Muslimin, ketika berjihad mereka mencari mati, mencari syahadah (mati syahid), sehingga mereka pun menjadi tidak takut mati. Membekali Para Mujahidin.
Sebenarnya bagi orang yang belum mampu atau belum memiliki kesempatan untuk berangkat ke medan jihad, maka dia akan mendapatkan pahala seperti orang yang berjihad, yaitu dengan membekali atau membantu orang yang sedang berperang di jalan Allah SWT atau biasa disebut Mujahidin adalah termasuk ikut berjihad.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang membekali seorang yang berperang di jalan Allah maka sungguh ia telah ikut berperang…”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

# hadirkan hati untuk berfikir, berdoa dan terus berdoa . semoga ALLAH redha .



 "Wallahua'lam"

Tuesday, February 5, 2013

cinta selalu dhati

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

bila cinta selalu dhati ..

mengaku mencintai RASULULLAH salallahi alayhi wasallam, tp kita makin lupa sirah kehidupan Baginda. ya ALLAH, takut terlalu jauh kita pergi sampaikan sirah pun kita lupa .. ni kan nk pertikaikan soal perjuangan .. supaya ALLAH dan RASUL selalu dekat maka kita seharusnya bagi ruang hati kita untuk terlalu mendekati.. mungkin sebab terlalu kejar keduniaan kita jauh untuk mencintai RASULULLAH salallahi alayhi wasallam.. mungkin sbb tu hati tak terbuka mencintai ulamak , mungkin sebab hati tak terbuka utk dberi kefahaman agama.. ALLAH.. sesungguhnya hidayah itu milik ALLAH.. jgn menanti.. kita yang harus mencari..

in shaa ALLAH, mulai detik ni .. bagi masa untuk diri dekati sepenuh hati KEKASIH ALLAH .. semoga bila mana kita mengenali, mencintai , kita akan dpt meneruskan perjuangan menegakkan syiar islam..

'ya ALLAH, semoga ENGKAU berikan kefahaman agama kepada kami"..




Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.



At- Taubah, ayat 111.

ya ALLAH, terlalu jauh kah kita dengan ayat nie ? ..

mula gerakkan hati untuk mencari ilmu .. kerana ALLAH..


p/s : syukur ada sahabat y kongsi video2 nie , nmpak remeh tp selagi mana mengerakkan hati mengingati Rasulullah salallahi alayhi wasallam, selagi tu dyh rasa bukan benda remeh . bila cinta selalu dhati . semoga ALLAH redha .


 "Wallahua'lam"