Sunday, May 27, 2012

hati dan perasaan

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

assalamualaikum.. sihat ? alhamdulilah ..

hati dan perasaan ?
kalau cakap pasal hati dan perasaan . dyh tersenyum . sebenarnya sejak akhir-akhir ni malu nk berbicara pasal hati dan perasaan . rasa x layak diri nk berbicara pasal tu . bila ada yang bercakap pasal hati dan perasaan dayah tersenyum.

buat masa ni.
malu ada.
x layak ada.
kdg2 senyum sorang2.
teringat kish "muda2".

:)

hati ,
duhai perasaan ,
tak layak ku untuk bercinta ,
ini kan lagi dengan seseorang yang jauh lebih arif berbicara soal agama,

ku pandang kanan,
ku pandang kiri,

ya ALLAH ,
rmai wanita solehah,
dambaan lelaki soleh.


makin ku rasa x lyk ,

tersenyum lagi,
norhidayah.
itu cuma cinta manusia yang kerdil.
kau rasa x layak ??

lagikan cinta yana MAHA ESA..

kali ini aku terfikir.

diam.

sejujurnya,
aku masih cinta,
rindu
kasih
sayang

pada yang ESA.

sungguh
aku masih mencari

sampai detik ini

 "Wallahua'lam"

malu rasa hati

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

saat dan tika ini,
ra

 "Wallahua'lam"
"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" "Wallahua'lam"

Tuesday, May 22, 2012

rindu

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

berkali-kali entrie y sama
rindu.
family.

 "Wallahua'lam"

Monday, May 21, 2012

Sanah helwa ya nur atiqah nadzirah

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum :) .. sihat ? alhamdulilah ..
buka fb pg2 nie..
tba2 ternampak .. reminder kat sblh kanan..
masya'ALLAH .. skali lagi dyh lupa .. tarikh bahagia seorang sahabat..
ini bukan kali pertama..
maaf era ^^v .. 

buat mu sahabat,
ingat detik,
ketika bersama dikmp,

rindu rasa hati,
bila ingat kembali,
cerita-cerita yang dikongsi,

fitrah kita,
untuk berjanji,
akan tetap berhubung wlau dmana,

namun,
khilaf manusia biasa,
diam seribu bahasa,

bukan niat,
untuk melupai,
kesibukkn diri membataskan,

atau alasan yang membebani diri,
disudut hati tetap kuingati,
maaf andai kata,

susah senang mu tiada sahabat disisi,
yakin,
cukup bagi mu perlindungan dari ILLAHI.

..............................................................
  buat era,
selamat hari ulangtahun,
semoga bertambah usiamu,
bertambah bekalan dunia akhirat,
insya'allah
bertambah berat pn boleh :)

 p/s : to all my bff . era,yana,umi,syada,etiey,huda,yuyu nk gambar latest ^^ .
        sory x de hadiah era..
        ^^v..



      ermm..
      reunion hehe ?  *jgn mrh



 "Wallahua'lam"

Saturday, May 19, 2012

selamat ulang tahun nor farahain binti jamail

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum.. sihat :') alhamdulilah masih dberi kesempatan untuk berkongsi rasa . hari ini 20 mei birthday ain .. ktorng berempat wish paling awal .. hehe .. btl x ain ?
^^

sahabat,
selamat hari ulang tahun,
air mata itu menjadi saksi,
persahabatan ini,
persahabatan yang hidup,
ada rasa gembira,
ada rasa gundah dulana,
kerana apa?
kerana kita punya rasa yang berbeda,
kau aku  ataupun dia,
yang cuma mengikat kita,
adalah persahabatan,

sahabat,
kejarlah dunia,
sehingga kau tersenyum,
cuma dihari bahagiamu ini,

sebagai seorang y kerdil,
aku mengajak,
kau aku dan kita semua,
mengambil masa,
menyentuh rasa,
untuk mengenali cinta yang hakiki,
untuk mengenali kehidupan yang kekal abadi,
untuk mengenali Rasullullah s.a.w yang selalu merindui kita,

jadikan lah aku dia dan mereka,
sahabat yang membawamu kesyurga ALLAH..

  
selamat ulangtahun ke 21 :')

 # mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah hati , tapi cukup cuma kita berusaha untuk menghidupkan persahabatan ini. kerana apa, ini takdir kita bertemu di UPSI :')

a day to remember
1)dh tau rahsia yna
2)ain menangis

:p


 "Wallahua'lam"

Tuesday, May 15, 2012

refleksi kem akhir ^^

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Alhamdulillah berakhir sudah kem akhir pembimbing rakan sebaya semester 2 sesi 2011/2012. Kem yang memberi seribu satu kenangan. Kem ini telah melibatkan 121 orang peserta. Peserta-peserta terdiri daripada para pelajar yang mengambil khusus Pembimbing Rakan Sebaya, CPR 2011. Kem ini turut dibantu oleh 12 orang fasilitator dan 3 orang instruktor. Bertempat di Kem Desa Selesa, Sungai Samak, Tanjung Malim, Perak. Kem ini telah berlangsung selama dua hari satu malam. Ribuan terima kasih buat Dr. Syed Sofian Bin Syed Salim selaku pensyarah khusus CPR 2011 dan penasihat kem ini, barisan instruktor dan fasilitator seterusnya sahabat-sahabat yang menyertai kem akhir pembimbing rakan sebaya kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman berharga ini.
            Setiap masa, sepanjang program terisi dengan seribu satu pengalaman dan pengisian  yang bermanfaat. Yang masih terpahat di hati, dan dicoret kan sebagai refleksi. Sebagai pembimbing rakan sebaya, para peserta selalu diingatkan mengenai persahabatan. Perkongsian kisah daripada instruktor dan fasilitator menyentuh hati. Bagi saya sendiri, terasa diri ini perlu lebih menghargai erti sebuah persahabatan selepas pulang dari kem ini. Erti sebuah persahabatan lebih bermakna jika kita mampu menjadi sahabat yang baik. Rugi jika sepanjang penggajian kita tidak mempunyai sahabat, lebih rugi lagi jika tidak menjadi seorang  sahabat kepada orang lain. Persoalan yang timbul di dalam hati, adakah saya seorang sahabat yang bermakna dalam hidup seseorang? Mungkin persoalan ini tidak pernah timbul sebelum menghadiri kem ini. Alhamdulillah, hati makin terisi apabila faham erti persahabatan . Kisah Rasulullah s.a.w dengan buah oren, menyentuh hati, akhlak baginda sungguh mulia, ini panduan yang perlu dicontohi untuk menjadi seorang sahabat yang baik. Antara pengisian yang perlu ada dalam sebuah persahabatan yang saya dapat dari kem ini ialah, pertama perlu letakkan tujuan kita bersahabat, bukan itu sahaja malah persahabatan harus dijalin dengan keikhlasan hati yang tulus, dari sebuah keikhlasan maka akan timbul sebuah pengorbanan yang mengetepikan kepentingan diri. Walaupun tidak ada nilai di mata manusia, tetapi bagi seorang sahabat yang mengingati dan menghargai, apa yang berlaku di dalam sebuah persahabatan akan tetap terpahat di hati.
            Sebelum ke kem akhir PRS ini, saya sudah banyak kali ke perkhemahan-perkhemahan lain yang menekankan apa peranan guru. Mungkin objektif utama kem ini tidak memfokuskan kepada peranan seorang guru, namun pengisian yang terselit ada yang menarik untuk diingati. Masih berlegar di ingatan, kata-kata seorang instruktor, berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan mengambil jurusan pendidikan adalah untuk orang yang terpilih, dan berada di jalan yang dipilih dan diredhaiNYA. Bukan semua orang terpilih untuk menjadi seorang pendidik. Selangkah kita melangkah di dunia ini, yang Maha Esa telah menjanjikan ganjaran pahala jika kita ikhlas kerana ALLAH s.w.t. Tersentuh di hati, tatkala berbicara mengenai minat. Kata-kata seorang instruktor lagi, minat harus dipupuk supaya kita ikhlas menjadi pendidik kelak. Syukur diberi kesedaran di dalam kem ini. Perkongsian pengalaman dari instaruktor, terpahat di hati. Seorang guru akan diingati oleh pelajarnya, jika dia mampu meninggalkan sesuatu di hati mereka. Persoalan yang timbul, “apa yang akan saya tinggal buat generasi akan datang?”, jika sepanjang berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini saya tidak menyiapkan diri dengan bekalan yang secukupnya. Motivasi adalah apabila kita tersedar dan mengambil tindakan atas kesedaran itu.
            Kerjasama berkumpulan akan diketengahkan di mana-mana kem sekali pun, namun ada pengisian baru di dalam kem ini. Saya rasa, diri lebih aktif berbanding program-program yang dilalui sebelum ini. Modul-modul dan aktiviti-aktiviti dijalankan lebih melibatkan penglibatan setiap ahli kumpulan. Selain ditekankan kemahiran berfikir, tahap keyakinan diri turut dapat ditingkatkan melalui aktiviti lakonan dan nyanyian. Percambahan idea semasa aktiviti sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, ahli kumpulan saya mampu mengawal dan bertolak ansur dari segi pemilihan idea untuk menyelesaikan permasalahan. Aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu berat menyebabkan perjalanan kem tidak terlalu letih namun yang penting ada pengisian yang terpahat di hati. Setiap aktiviti melibatkan kerja berkumpulan, mampu memberi ketahanan fizikal dan mental dan mampu dipraktikkan semangat bekerjasama dan saling memahami dalam menyelesaikan tugasan-tugasan di universiti kelak. Antara pengisian kerjasama berkumpulan yang saya dapat di dalam kem ini ialah bertolak ansur, sifat ‘humor’, penglibatan dan sikap tidak pentingkan diri. Kemenangan bukan keutamaan bagi sesebuah kumpulan, namun apa usaha yang dilakukan, itulah sepatutnya diutamakan.
            Akhir kata, manusia tidak sempurna dari tidak melakukan kesalahan, begitu juga bagi pengendalian kem akhir pembimbing rakan sebaya semester 2 sesi 2011/2012, ada penambahbaikan yang perlu bagi kebaikan bersama. Objektif kem ini masih belum tercapai apabila ada sikap pentingkan diri. Para peserta dapat dilihat ketika menjamu selera, di akhir kem ini ada peserta yang tidak dapat makanan . Sikap pentingkan diri menyebabkan makanan yang sepatutnya cukup, menjadi tidak cukup. Antara pengalaman baru bagi saya untuk kem ini, ialah saya menjadi pengacara majlis bagi majlis penutup. Selain itu, merentasi arus sungai juga merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Semoga apa yang dititipkan di dalam kem ini akan terus saya manfaatkan untuk diri ini dan orang lain. Sesungguhnya, ilmu tanpa amal sia-sia, amalan tanpa ilmu tindakan yang kurang bijak.



 "Wallahua'lam"

Monday, May 14, 2012

untuk peringatan diri ini

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum..
sihat ? alhmadulilah .. dah solat subuh .. ?
mula hari baru dgn update niat kte yea .

masa-masa y berlalu
ku rasa terbuang
tanpa di isi ..

aku keliru
setiap kali bangun dari tidur
ada saja keluhan dihati
mana taknye
banyak benda x siap

aku merenung
kembali
sejak
akhir-akhir nie
jarang sekali aku ke "taman syurga"
mendengar kata-kata
penguat hati ..

ya ALLAH,
sesungguhnya masa ini milikMU,
jangan biar kn hatiku lalai
berkira-kira
untuk meluangkan masa
pada agamaMU
sedangkan semua ini milikMU ..

p/s : jika berkira masa dengan ALLAH, ALLAH akan berkira dengan kita . ya ALLAH ampuni kami semua, kerana lalai dengan  cinta dunia .

motivasi pagi . 


 "Wallahua'lam"

Sunday, May 13, 2012

modul prs #

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"



 "Wallahua'lam"

khas untuk farain mohamad

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum..
alhamdulilah.. satu per satu kem dh berlalu . insya'allah mkin bertambah helaian pengalaman..

buat sahabat..

jatuh cinta
itu satu nikmat
jatuh cinta
itu satu fitrah

hatiku berbunga
apabila dirimu jatuh cinta

jatuh cinta
kepada y soleh
agar terdetik dihati ini
untuk mengikut jejak langkah
mencintai y hakiki..

jatuh cinta
kepada y soleh
bukan untuk
menghalalkan cinta sebelum kahwin

namun
bila mana kita mencintai
kebaikan
insya'allah
ALLAH akan hadirkan
cahaya dhati ini..

terus mencintai
jika cinta ini
membawa ke jannah ALLAH
insya'allah ..




p/s : x terkejut klau ada yang kahwin dulu ^^v .




 "Wallahua'lam"

Thursday, May 10, 2012

s.a.h.a.b.a.t : memberi cinta





"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"


assalamualaikum .. sihat ? alhamdulilah masih diberi peluang untuk bernafas.. alhamdulilah .. syukur .. satu per satu assignment siap .. *mungkin sbb due date kena hantar kot hehe .. semester terasa kegigihan buat assigment.. nie la nikmat bial kita buat dan bukan jd "penumpang" dalam kumpulan.. hehe

memberi cinta?

ok .
sebelum mandi td terlintas nk buat entrie nie.

pernah dengar kata2 nie?

'KEJAR LA CINTA AKHIRAT , nescaya dunia akan mencintaimu'

prnah kn ?

memberi cinta kali ni, fokus kepada persahabatan . ALLAH akan hadir sahabat y baik2 kalau kita nk berubah jd baik . alhamdulilah .

beri kan rasa cinta
biar disekelilingmu akan tersenyum bahagia
beri kan rasa cinta
biar mereka merindui kamu
berikan rasa cinta
susah rasa senang
berikan rasa cinta
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
berikan rasa cinta
rasa cinta kepada
seorang sahabat

semata-mata hanya kerana ALLAH s.w.t yang satu..

sebarkan rasa cinta
islam itu indah :)

tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

macam mn nk jd seorang y 'memberi' ?..

mudah je .

1) ikhlaskan hati kerana ALLAH S.W.T. lapangkan dada * fikir positif , buka minda
2) hulurkan senyuman
3) ketepikan kepentingan diri

mudah kan ?

p/s : siap mengedit video 'sahabat' . mungkin lepas nie akan merindui PRS . :)

may ALLAH bless our team : revolution 





"Wallahua'lam"

Monday, May 7, 2012

menanti cinta

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum.. sihat ? alhamdulilah .. baru lepas balik dari kem JPAM .. ya ALLAH .. bila cakap pasal JPAM .. ada sesuatu y x dpt diungkap .. dah mula rasa syg nk tinggal JPAM .. mungkin sbb jurlatih2 y baik2 ..
hari nie dan hari y dilalui .. alhamdulilah .. terisi .. dulu dyah rasa sepi.. semua x kena.. tp skrng alhamdulilah .. sesungguhnya perjlanan hidup byk mengajar .. sesungguhnya dalam apa pun keadaan dunia dan akhirat .. cukuplah bagiku hanya ALLAH ..:)

menanti cinta ?
cinta tu luas skopnya ..
sesungguhnya ..
aku masih menanti cinta
cinta pada tuhan yang ESA..
agar dapat ku rasa
rindu pada setiap perintahNYA..
agar rasa getar hati, jijik melakukan laranganNYA..

 jalan tanya mengapa tidak pernah rasa itu muncul .. tapi tanya apa usahamu untuk mendpt cinta itu ..
 ya ALLAH .. sesungguhnya lapangkan hatiku untuk mendapat hidayahMU..

tersenyum tgk kwn2 y mula mengintai erti sebuah kehidupan .. cinta adam dan hawa .. persahabatan kerana ALLAH .. erti kasih sayang .. cinta cinta itu melingkari hidup mereka ..
mungkin satu masa nnt aku akan merasakan ..
sebuah erti kasih dan sayang..

bersabar duhai hati :)

fb - kau melukai aku.
aku- buang masa dgn fb
fb & aku - aku doakan semoga jodoh kita berakhir
aku & fb - tiada sejiwa

mood : nk deaktif fb selama-lamanya .

p/s :  .. ya ALLAH .. jaga la pandanganku .. 



 "Wallahua'lam"

Thursday, May 3, 2012

ku pohon restu

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum ^^ .. sihat .. syukur alhamdulilah .. dikesempatan y ada nie (sebelum g camping*)
ingin ku coretkan sesuatu ..
*ku pohon restu ..
eh eh .. entrie kali bukan ku pohon rtestu ayah bonda ke.. spe2 ke.. entrie kali nie..
ku pohon restu buat diri sendiri untuk diri sendiri ^^ *ate kome pehe tak?

teringat satu modul kat kelas prs (kotak ajaib)

mudah je .
arahan fasi. ambik satu kertas & dan fikirkan orang yang terpenting dalam hidup anda.

kompem2 la dyah pkir sal makdan abah .

fasi ulang lg arahan . hanya seorang .
masa nie ada pemintaan dari peserta nak dua orang boleh x? almaklum la rmai y penting dlm hidup nie. ok2. pehe doh kak pasi ^^ v.

arahan seterusnya .
nampak x ? kotak kat depan fasi *nmpak.. nmpk akak :).. ok .. anda akan tgk org y terpenting tu dalam kotak nie . tapi ingat jgn bg tahu org lain apa y ada nmpak . lepas tu tulis kebaikan dan keburukan org tersebut.

sorang demi sorang keluar n tgk kotak ajaib. senyum .

sampai la turn dyh.

ok. nebes nie.

bila smpai dekat kotak ajaib tu . then tgk 'sesuatu' . ya ALLAH . ok . skrng turn sy untuk senyum ^^.

...........................................................................................................................................................

nk tau ape?
cermin . dan kompem2 la nmpak diri sendiri . ya ALLAH . terasa kerdil diri ni . kdng2 aku mensia2 sia 'org y terpenting" dalam hidupku ...

so ?

kupohon restu
buat diri ni
untuk diri sendiri..

ikhlaskan hatimu..
untuk terus mencari keredhaanNYA.


p/s : mmg pening nk tulis kelebihan diri . almaklum byk kekurangan ^^.

thank kak ja :) air dicincang x akan putus :) subahanallah ..indah sungguh ukhwah antara keluarga :)


 "Wallahua'lam"

Wednesday, May 2, 2012

ku ingin

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

ku ingin,
punyai sekeping hati..
yang tulus mengingatiMU..
ku ingin,
berbakti..
buat yang menyayangi diri ini..
ku ingin,
buang jauh..
rasa riak dihati..
ku ingin,
keikhlasan selalu dhati ini..
ku ingin,
kau tahu..
memahami..
tanpa perlu aku bicara..

kerna ku ingin..


 "Wallahua'lam"

rindu

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 terlalu rindu .

 "Wallahua'lam"

Tuesday, May 1, 2012

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

assalamualaikum.. sihat ? insya'allah .. cepat2 ku titipkan rasa syukur ke hadrat illahi .. terubat rindu dihati ..



 "Wallahua'lam"