Monday, February 4, 2013

tersentuh hatiku # part 1 #

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"





buku y pernah dimiliki tp kini milik seorang sahabat . sbb dyh nak ALLAH s.w.t sentuh hati sahabat dyh mcm ne hati dyh tersentuh :')

"ya ALLAH , hanya engkau memahami setiap apa yang terdetik dihati ini"

masih teringat-ingat apa y dyh bc dlm buku biografi agung RASULULLAH salallahi alayhi wassalam


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, 
tahun 10 Hijriah 
di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

sumber : iluvislam.com
Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/


ALLAHUAKHBAR ..

'sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya . itulah ALQURAN dan SUNNAHKU '..

muhasabah diri .

setakat mana diri memahami alquran dan assunah . sejauh mana diri berpegang padanya  ?
hati menangis la . jiwa merintah la . mengaku mencintai tp x mengenali . mengaku merindui hanya sekadar dimulut .

mula kan dengan langkah pertama . perlu kita sebagai umat nabi MUHAMAD salallahi alayhi wassalam mengenali rasulullah sallahi alayhi wasalam . mencintai baginda , adalah mencintai ALLAH . baginda adalah kekasih ALLAH .

berhenti bercakap soal perjuangan . kalau kita tak tahu perjuangan apa y perlu dteruskan . sesungguhnya perjuangan Rasulullah sallahi alayhi wasalam dalam menegakkan islam itu yang sebenarnya . kaji , soal diri . bila mana kita menyokong, mempertahankan .. siapa y kita letakkan y utama , matlamat kita apa .. ? jika redha ALLAH yang kita utama . alhmadulilah doakan kita diberi kefahaman agama. andai kata suara2 kita tidak sedikit pun kerana ALLAH . jauhkan lah kita dari sifat ego untuk mengakui kebenaran . teruskan berdoa agar jiwa anak muda tidak dpengaruhi . doakan agar ALLAH berikan kita hidayah agar diri kita tidak sia-sia berada di alam sementara ini .





And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 
  
ayat ni ada mencerita kita sebagai khalifah.. khalifah .. sedar kita .. tujuan kita diciptakan T.T .. sedih . bukan org lain , diri yang kerdil nie pun masih alpa .  semoga entrie hadirkan satu persoalan pada diri . apa tujuan kita diciptakan ? adakah kita sedar ? dimana ALLAH dan RASUL dihati kita? ALLAHUAKHBAR.. 
  
# moga ALLAH redha 

"Wallahua'lam"

No comments: