Saturday, August 17, 2013

ramadhan 1434 H. (1)

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Assalamualaikum .

salam 11 syawal 1434 H .
16:01 pm .


kali pertama pegang buku nie. sentuh . rasa. berbulatan gembira di surau al-falah . ALLAH. T_T
kitab ni ada empat puluh dua hadith . baca sepintas lalu je . y pernah dibincangkan dalam usrah dulu . alhamdulilah ada y masih lagi ingat . kebanyakkan hadith-hadith mengandungi kaedah dan sumber hukum-hukum islam . ALLAH . bagi y mula - mula mengorak langkah nak berubah , elok la tambahkan ilmu kefahaman mengenai islam . maka ? iqra . bacalah dengan nama tuhanMU. 



hadis 1 - segala amal adalah dengan niat
            - hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan
            - maksud niat orang y berhijrah bersama rasul ( pengertian hijrah, pengertian dunia )

hadis 2 - malaikat datang menjelma sebagai seorang manusia
            - rukun islam
            - rukun iman
            - insan
            - hari qiamat

hadis 3 - islam didirikan atas lima sendi
            - syahadah, sembahyang, zakat, haji dan puasa

dan banyak lagi.. 

syaduhnya, bila buat perbincangan dalam usrah a.k.a bulatan gembira satu-satu menyusuk kalbu . klau pergi dengar pengisian dari ulamak2 , ustaz2, ustazah2 . ALLAH . mesti hati kita rasa basah T_T . Sbb tu nak menuntut kena ada guru . 

daurah ramadhan bersama tenaga pengajar maahad darul hadis.
pengajian hadis selama sepuluh hari berturut- turut, ramadhan 1434 H.
masjid sultanah bahiyah, alor star, kedah. ( terharu tgk sahabat2 dari johor pun ada untuk mengisi kekosongan jiwa untuk hadir majlis ilmu, bayaran penginapan hnya rm 40 termasuk makan , ALLAHUAKHBAR . murah kn .semoga ALLAH redha setiapnya ) bukan apa nk bagi tau klau ada majlis ilmu jgn dok pikiaq sal duit dulu . insya'allah msti hampa terkejut, hasil lbh mengujakan dari modal ^^v .

disebabkan sekolah . eh pratikum . maka alhamdulilah dpt dgr hayati beberapa slot.



hadis 3 - (Tunjang agama islam )

2/3 hidup untuk beribadat kpd ALLAH s.w.t ( T.T .. ustaz ckp sifat hamba dengaq ckp tuannya , tp awat kita ketegaq sgt ?? T.T .. ketegaq= keras kepala .. x mau buat apa ALLAH suruh .. suruh tinggal maksiat .. suruh tinggal apa2 y mendekatkan diri pada zina .. adakah kita x yakin janjI ALLAH ? .. beza yakin dng tak adalah tindakan T.T )

kita seharusnya merasakan setiap kali waktu solat , seolah-olah ALLAH memanggil-manggil kita . T_T . solat diawal waktu merupakan hak ALLAH . T_T. 
orang soleh, 
-menjaga solat fardu di awal waktu ,ironinya, ustaz ckp mudah solat fardu, mudahlah kita tunai kan solat sunat, jaga solat sunat, dgn petik jari kita boleh jaga solat fardu . faham dak ? T_T . ALLAH.

hubungan dgn manusia . teringat kata2 ustaz pahrol (ceramah israk makraj )orang y paling menjaga hubungan dgn ALLAH, adalah org y paling menjga hubungan dgn manusia  . T_T ..

Jika ALLAH izinkan lapisan bumi dan langit , turut bercakap menjadi saksi org y berpuasa kerana ALLAH s.w.t ,akan masuk syurga .

hadis 4 - ( penciptaan manusia dan kesudahannya )

Rasulullah s.a.w ( sddiq - benar ), ALLAH s.w.t membenarkan setiap kerja dakwah baginda. 

Manusia diciptakan dari air mani selama 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah 40 hari, menjadi daging 40 hari. selepas (120 hari = 40+40+40 ) ALLAH masukkan deria2 . ruh ditiupkan selepas 4 bulan. ALLAH turunkan malaikat menjaga rahim, maka ditiupkan ruh.

dari dalam perut kita bergantung, mula-mula dgn perut mak, dan seharusnya kita ingat keluar dari perut lebih lagi pergantungan hidup kita pada ALLAH s.w.t . T_T

ustaz ada cakap ada khilaf pandangan ulama mengenai y mana diciptakan dulu antara ruh @ jasad .
maka , ustaz ambik pandangan ulama berdasarkan hadis ( x wat catatan sory ) ruh diciptakan dahulu,berdasarkan hadis, ruh ditiupkan ( maksudnya ruh dah dicipta, tunggu nak ditiupkan sj ). ruh adalah urusan ALLAH . Ruh terletak dihati, maka nak jaga ruh kita, kita kena jaga hati (kekuatan ruh) baru cheq tau T_T .

Ditiupkan ruh, di catatkan 4 perkara
1) rezeki
    sifat manusia suka memikirkan rezeki
    Tanda Rasulullah s.a.w, suruh kita yakin dengan rezeki ALLAH s.w.t
2) Ajal
    Dimana kita mati, dan bila kita mati
    ustaz ada cakap jarak antara tempat kita mati dgn tempat kita hidup, ALLAH ampunkan dosa . 
    lagi jauh lagi byk ALLAH ampunkan . x semestinya y meninggal dkt tu x baik cuma jarak tu bonus ALLAH bagi T.T ..
3) Amalan baik @ buruk
4) Pengakhiran baik @ buruk, bahagia @ celaka .

bagi no 3 dan 4 ni, byk ustaz terangkan . ada y beramal dgan amalan ahli syurga, namun di akhir hidup melakukan amlan ahli neraka . nauzubillah . sbb tu kita kena berdoa supaya diakhir hidup kita husnul khatimah (pengakhiran y baik) . 

ustaz ada cakap, kita masuk syurga pun bukan bergantung sgt dgn amalan kita, sbb rahmat ALLAH, klau nak ikutkan nk jadi syurga kena beramal dgn amalan ahli syurga , amalan kita ni sikit sgt , tp ALLAH tetap syg T.T ..

perkara-perkara yang menyebabkan seseorang berakhir dgn s'ul khatimah ( pengakhiran y buruk )
-derhaka dgn ibu bapa
-byk fikirkan tentang dunia
-melengah-lengahkan solat
-menyakitkan hati org

dan banyak lagi..

hadis 4 dituntut menjaga iman, sbb sifat hati berbolak-balik, kita kena selalu doakan supaya ditetapkan iman.
IMAN . terlalu bermakna . T_T.

Amalan y dilakukan istiqamah, ALLAH akan jaga iman . amalan y sedikit tapi berterusan . byk lg bagus tapi harus berterusan T.T ..

ada lagi bebeberapa hadis y sempat dengar, lebih baik sahabat2 cuba dptkan buku ni dan baca , lepas tu rasanya baru kita dapat feeling y sama :') . baru best komunikasi dua hala ( teknik pengkongsian cikgu ^^v )
...................................................................................................................................................................

# catatan y dtulis balik selepas dgr slot2 tu .
# maaf lambat buat perkongsian ni .
# segala kesilapan y dkenalpasti boleh bgtau cheq .
# semoga ALLAH redha .


 "Wallahua'lam"

1 comment:

never imitate. create. said...

Allahuakbar, jelesnya rasa hati...