Tuesday, July 3, 2012

ini yang terakhir (2)

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 

“pelaburan cinta, tidak semudah skim cepat kaya”…
“saya mohd afdli, pelajar semester 3, ismp matematik ingin mengucapkan tahniah kepada prof.dr irfan kerana dilantik sebagai………..” , video dari media mahasiswa di”download”. Motif utama sebab si dia menjadi respondan. Motif kau min!
Hari ni, kelas padat dari pagi sampai ke petang . seperti biasa min akan menunggu ika untuk seiring sejalan ke kampus. Berpuitis kau min! ana, aina, aimi sedia menanti di kampus . dah faham benar dengan perangai min dan ika yang selalu lambat . min melangkah laju, ika tertinggal dibelakang. Sudah tak seiring. Wajah aimi ana aina terbayang, mungkin sudah berjanggut, menunggu.
Tiba-tiba,
 “assalamualaikum, min nak pergi kelas ke?’,tegur farhan.
”a’ah lambat dah nie”, jawab min terkejut. Senyuman terlakar diwajah.
 Semua mata memandang, mana taknya orang hot kolej yang menegur. Min tak peduli yang pasti sahabat-sahabat baiknya sedang menanti.Farhan turut tersenyum, itu kali kedua dia bertegur sapa dengan gadis itu.
 “astaga, apa yang aku fikir”, farhan terus melangkah .
kelibatan yasmin hilang dari pandangan.
……………………………………………………………………………………………………………….
“sory,lambat”, senyum bagai kambing tak mandi. Itu la yasmin yusuff!
Masa berlalu begitu pantas. Kali ini mereka bergegas lagi keluar dari kampus. Azan magrib berkumandang . syahdu .masing-masing berpisah . esok rutin yang sama akan berulang. Itu namanya pelajar university, tidak terlepas dengan jadual kuliah.
Inbox 1 : iman
“eh eh ada msj”, min dengan pantas menekan keypad fonnya.
As salam, sahabat sy merindui anda. Jumpa malam yea
Min membalas , “okeyh, sahabat tercinta . jumpa malam ni di kafe pkul 8.45. disaat kegelapan, ada sinar mentari, kau la sinar itu sahabat” terlintas difikiran .
sent message !
Iman membalas “didalam terang kaulah cahaya” min tersenyum,
ada saja idea teman baiknya itu . dia senang berteman dengan iman, banyak benda baru dipelajari. Iman, idaman mata memandang , sedangkan dia gadis y mengidamkan cinta-cinta indah . dua frasa yang berbeza tapi mereka ada satu persamaan. Mencari sebuah jawapan kehidupan .
Kaki min melangkah menaiki bus, dia harus pulang segera. Magrib dah berkumandang. Syukur ada bus yang sedia menanti. Kaki melangkah, mata terus mencari tempat kosong diatas bus untuk merehatkan badan . “nasib baik ada kosong”, hati min mengomel sendiri. Letih seharian di kampus .dia duduk sambil temenung.
 “ada tempat orang ke sini?”
 “tak de duduk la”
 .. persoalan farhan dijawab dengan senyuman . jangan berlebih min!
 “memang selalu balik kelas sorang-sorang ke min?
“ “hah ?, owh a’ah .. baru habis kelas gak ke?”
 “ye… malam nie ada ceramah kat surau, tak pergi ke?”
 “insya’allah klau rjin” min jawab acuh tak acuh .
dia mula berprasangka . teguran itu mesti ada makna ! .. bus bergerak menuju ke kolej, seperti fikirannya melayang entah ke mana. Farhan diam disisi . fikiran dia juga entah ke mana.


……………………………………………………………………………………………………………….

“aku mencintaimu kerana agamamu.. jika hilang agamamu, hilangla cintaku kepadamu”
iman al-nawawi
ganggggg !!!!!
 ‘aduh, ish tak Nampak ker?”
 min bangun sambil mengusap-usap lengannya yang sakit akibat terlanggar seorang hamba allah yang berkopiah. Buku-buku yang dipinjamnya berselerak . lidah kelu . hati berdebar . bukan seorang yang berkopiah. Ramai. Ah, malunya . min tersenyum kambing . mata-mata itu bertentang .
 “maaf, saya tak sengaja”, sopan bicara lelaki itu.
 Si dia yang menjadi idaman kalbu .
 “eh,min sakit ker?” Suara itu amat dikenali, farhan.
 Min tersedar ,”eh tak tak”.
Buku ditangan afdli diambil. Kaki terus melangkah . “ish macam mana aku boleh terlanggar, malunya”, bicara sendiri , kaki laju meninggalkan kaunter pinjaman itu .
“yasmin, yasmin’,
 farhan terus memanggil sambil kakinya melangkah mengikuti gadis itu. Yasmin berhenti .
 “ini buku min, tertinggal, eh sakit tak ? maaf la kawan saya tak perasan tadi, tak de yang berdarah ni, kira ok la kan’…
 kali ini tiada senyum diwajah yasmin. Rasa malu menyelubunginya, kata-kata farhan masuk dicorong telinga, tapi tak pernah melekat dihati . buku itu diambil. Kaki terus melangkah . malu!
Afdli menyapa farhan , “kwn ko ker?” . farhan memandang sepi . fikirannya melayang , dia pn x pasti setiap kali bertemu, hatinya berdebar. “budak kolej sebelah”. Entah menjawab persoalan atau pun tidak.

Aku melepaskan rindu pada sang bulan
dengan mengira sang bintang


ini yang terakhir (1)

bersambung..

"Wallahua'lam"

ini yang terakhir (1)

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

 

“lambakan hakikat, berpijak dibumi nyata”… terus mencari sebuah jawapan..
“mudah untuk lafaz cinta, tapi adakah cinta itu berbalas”…
 “keikhlasan itu dirasai, tak perlu huraian, tapi hati tenang merasainya”…
Yasmin tersenyum sendiri, kalau nak dikira jumlah orang yang diminati, tak cukup tangan dibuatnya. Dia tersenyum lagi. Pelik. Pilihan hatinya insan-insan yang ‘berkopiah’ . cukup Cuma perlu sedar diri sendiri . tersenyum lagi . tidak hairanlah kalau idaman hati sering silih berganti . mungkin hanya sekadar minat. Tidak satu yang benar-benar menyentuh dihati.
Pemilik cintaku setelah ALLAH dan rasul . buku itu ditatap buat kedua kalinya . 6 naskah buku tersebut tersusun indah diatas meja. Kak ngah, adik, kak lang, hafiz, maria , antara nama-nama yang bermain diminda. Pasti ada ganjaran ku terima ! getus hatinya. Memang sikapnya yang suka berkongsi rasa membuat teman-teman serumah sudah sedia untuk mendengar, setiap hari ada saja ceritanya.
Penulisan yang mudah untuk difahami, penulisan yang membuat hati yang membaca menanam angan-angan indah ! ah, jiwa mudah terpesona. Namun kesannya entah ke mana. Diari menjadi teman, setiap bait yang menyentuh hati , dicatat , untuk kenangan masa tua mungkin.
Telefon bimbitnya dicapai,
“as salam, iman.. *tetiba terfikir.. pemilik cintaku setelah ALLAH dan rasul… tapi kalau cinta ALLAH dan rasul tak rasa.. macam mana nak bertemu pemilik cinta selepas tu ? “..
sent! .. 5 minit kemudian,
“wslm, min mungkin jgk cinta itulah yang akan membawa kita mengenal cinta ALLAH dan rasul” … yasmin tersenyum, angan-angan mat jenin datang kembali.
Suara-suara itu berdialog sendiri . indah mungkin kerna itu namanya angan-angan. Setiap hari itu rutin hidup . mungkin layak dipanggil minah jenin!



“cinta itu menyenangkan hati,bukan merumitkan jiwa”…..
Pagi itu seperti biasa, rutin harian sebagai seorang muslim harus ditunai . jam menunjukkan pukul 5.30 pagi.
“ya ALLAH, aku lupa solat isyak semalam”..getus min. terus berwuduk , mengerjakan ibadah solat. Azan subuh berkumandang, seusai dia menunaikan solat isyak . min terus menunaikan solat subuh, selepas solat , sehelai halaman al-quran dihayati . usaha yang Cuma setitik air untuk mengejar cinta illahi . layakkah ? . fikiran min  melayang . mudah sekali terleka . surah al-muthrat menjadi peneman setiap kali selepas subuh. Sekurang-kurang hidupku punya matlamat hari ini, getus hati min setiap kali selesai membaca surah tersebut.
“basuh baju, susun buku, masak nasi, lipat baju… tapi sebelum tu tidur dulu”,
min berkira-kira sendiri . katil itu bagai tidak melepaskannya pergi . tersungkur tidur . angan-angan bertemu mimpi indah !  pengiraan td meleset entah kemana . tersungkur sampai matahari menegak .
“apasal la aku, tidur.. tgk sekarang dh pukul 12 .. satu benda pun tak buat” ,bebel sendirian. “setiap hari macam nie, jgan kau buat-buat ter”tidur” … sia2 ada matlamat kan? Hehe … iffa senyum sinis. Sebagai teman sebilik, iffa faham benar perangai yasmin yussuf . apa yang dicakap melebihi tindakan yang dibuat . mungkin mengumpul pahala melalui niat, untung la jika itu yang dihitung dihari pembalasan kelak . yasmin , yasmin.
Jam menunjukkan pukul 12 . apa yang penting saat tu adalah makanan . mandi dan terus‘bersiap ke kafe . “ada spe2 nk ke kafe? “ laung min dari dalam bilik . “min, tlg beli”, iffa respon pertama. Teman serumah yang lain bersiap . berborak sambil berjalan ke kafe itu memang rutin mereka saban hari jika tidak ada jadual di kampus.
“subahanallah..”, getus hati min . terpandang seorang mahasiswa y sopan santun .kalau perempuan mungkin hatinya tidak terusik , memandangkan lelaki, hati kecilnya tersentuh . diam . cepat-cepat memandang kearah lain.
 Terimbau kenangan dibilik 24 jam perpustakaan .
 “eh, buku nie best ker?” min bertanya kepada ana.
 “best kot, lagi best klau min belanja”.
Mereka ketawa, tiba-tiba rasa ada mata yang memandang. Normal la.. orang memandang, semua orang ada mata la min ! muka tu macam kenal. Ah, biar la.mereka terus beredar meninggalkan pameran buku di bilik 24 jam itu.
“rm 5?’, mahal betulkan, nora merungut, maria , aina, siti dan min tersenyum . bukan sekadar senyum malah mereka menambah-nambah
“kalau bayar kat pakcik tu memang mahal”
”kat anak dia murah skit”
”kita sepatutnya tak beli kat sini”…
 macam-macam lagi ayat penambah perisa! Diselang seli dengan gelak tawa. Itu mereka. Sampai dirumah nasi sudah terhidang . saling memahami mungkin . “rice cooker” menjimatkan. Hanya lauk yang perlu dibeli . kalau ada dapur pun, belum tentu berasap.


bersambung..
 "Wallahua'lam"

family

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"



 "Wallahua'lam"

Monday, July 2, 2012

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani" "Wallahua'lam"

yussuff's wedding

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

Barakallahulakuma .
yusuf & pasangan ^^v.
who's next ?
 Alhamdulilah .. semoga yusuff dan pasangan mendapat barakah dari perkahwinan ni insya'allah . semoga berkekalan sehingga akhir hayat . semoga perkahwinan ni membawa kalian ke jannah ALLAH s.w.t insya'allah .
semoga dipermudahkan :')

p/s : titipan doa dari 5sc a 2008 buat kalian . 



"Wallahua'lam"

Sunday, July 1, 2012

tentang sahabat

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

bahag

 "Wallahua'lam"

tentang saya !

"Dengan Nama Allah S.W.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"

tentang saya !

  • saya suka
bila...
bila mana ada masalah saya jadi super hero yang selamatkan keadaan . jadi orang ketiga keempat kelima . eh tak kisah yang penting penyelamat ! ^^v
bila mana orang tanya siapa kawan baik awak ? saya garu garu kepala . paling susah nak jawab soalan ni . sebab ? ALLAH s.w.t kurniakan semua kawan kawan saya yang baik . alhamdulilah . list ? okeyh . yuni umi huda yana era yuyu syada etiey . yana ina ain anis . emma fara aim erni fatin . elisa fauzani hajar zahir abil leyka iqbal nana zaty . ( ada lagi ni ) :)
bila mana saya berniat untuk berubah . dan yang terindah . ALLAH s.w.t bagi lebih dari itu . ( tak de sebab saya tak bersyukur )
bila mana orang mintak nasihat . oeh superhero ! 

 "Wallahua'lam"